Serangan Jerung Di Kawasan Pelancongan Popular

serangan jerung
Sumber: 9News

Seekor jerung menyerang seorang lelaki Australia yang berusia 33 tahun ketika sedang menunggu giliran untuk mendayung bersama rakannya. Menurut polis, ini merupakan serangan jerung kali ketiga di perairan timur laut Australia dalam tempoh dua bulan di kawasan pelancongan popular ini.

serangan jerung
Sumber: ABC

Polis berkata mangsa sedang mendayung sambil berdiri di atas papan luncurnya sebelum berenang menjauhi kapal layar yang disewanya di Cid Harbour, di kepulauan Whitsunday sebelum digigit kira-kira jam 5.30 petang.

Mangsa dibawa ke Hospital Mackay dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan gigitan pada kedua-dua belah kakinya dan juga sebelah tangannya. Mangsa kemudiannya meninggal dunia selepas kehilangan banyak darah.

Insiden yang berlaku menyebabkan pihak berkuasa Australia bermesyuarat untuk meningkatkan lagi perlindungan terhadap serangan yang berbahaya di destinasi pelancongan terkenal antarabangsa ini.

serangan jerung
Sumber: CNN International

Atas insiden yang berlaku, Menteri Pelancongan, Kate Jones, dan Menteri Pembangunan dan Perikanan Industri Pertanian, Mark Furner, memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak berenang di kawasan sekitar Cid Harbour buat masa ini.

Sebelum ini, Australia tidak pernah mengalami serangan jerung sejak 17 April tahun lalu dan purata membunuh 2 ekor jerung setiap tahun yang direkodkan dalam beberapa dekad kebelakangan ini telah menurun.

Justeru, sesiapa yang mahu bercuti di perairan pantai Australia perlu mengambil maklum tahap keselamatan di kawasan pelancongan tersebut.

Sumber: Al Jazeera