Set Menu Padu Di ‘Kambing Bakar Sahara’, Setia Taipan, Shah Alam

Kecewa tidak jumpa tempat best untuk makan kambing bakar? Restoran Kambing Bakar Sahara ini tempat yang wajib anda kunjungi. Kami sudah cuba set kambing bakar di banyak tempat dan hanya di sini sahaja kami yakin, rasa dan kualitinya sama setiap kali kami pergi.

Dahulunya restoran Kambing Bakar Sahara ini dibuka di Klang tetapi berpindah ke Setia Taipan untuk keselesaan yang lebih kepada pengunjung. Terdapat pelbagai menu yang boleh dipilih di sini tetapi menu yang ‘king’ di sini semestinya set kambing bakar Sahara.

~//..Kambing Bakar Sahara..//~ #latedinner #sahara #kambingbakar #craving

A post shared by sairul zamri (@sairulzamri) on

Jika anda datang di waktu puncak (lunch hour atau dinner time), anda mungkin perlu menunggu untuk set anda tetapi penantian itu sangat berbaloi. Anda akan dihidangkan kambing bakar yang panas; dibakar sejurus anda buat pesanan.

BACA: ‘Sixty Bites TTDI’ Burger Tepi Jalan Paling Sedap Di Lembah Klang

Bagaimana untuk sampai ke sini? Waze sahaja Kambing Bakar Sahara, anda akan terus dibawa ke tempat ini. Ianya berdekatan dengan Setia City Mall. Jika kami yang tinggal di Bangi pun sanggup ke Setia Taipan unuk makan set kambing bakar ini, anda pun boleh buat andaian betapa sedapnya set kambing bakar ini. Rating kami 4.5/5 bintang. Recommended untuk peminat kambing bakar di luar sana!