Skrin Juruterbang Tiba-Tiba Gelap Jadi Punca Pesawat Terpaksa Lakukan Pendaratan Kecemasan

Lion Air
Sumber: phys.org

Skrin pada kawasan kokpit pesawat merupakan instrumen yang memberikan maklumat kepada juruterbang; memberitahu koordinat, keadaan kapal terbang, suhu di luar dan sebagainya.

Tapi apa akan berlaku apabila skrin tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik? Contohnya tiba-tiba menjadi gelap dan hitam?

Ini yang berlaku pada pesawat United Airlines 4390 apabila skrin mereka tiba-tiba hilang semasa dalam perjalanan dari Knoxville ke Houston sehingga menyebabkan kapten kapal terpaksa memberikan arahan untuk pesawat melakukan pendaratan kecemasan di Dallas.

Dalam satu bukti rakaman, juruterbang memberitahu penumpang mereka bahawa dua skrin pesawat tiba-tiba hilang dan pesawat berkemungkinan besar perlu terbang secara ‘buta’ jika mereka berhasrat meneruskan perjalanan.

Skrin Pesawat Tiba-tiba Hilang

Juruterbang terpaksa memberikan penerangan kepada penumpang yang bingung dan masih tidak memahami situasi pesawat yang tiba-tiba sahaja berhenti di Dallas. Mereka kemudiannya diterbangkan dengan menggunakan pesawat Bombardier CRJ-200 ExpressJet Airline.

Kejadian skrin hilang menyebabkan pesawat tersebut tidak boleh melakukan penerbangan buat sementara waktu dan ianya berpunca daripada haba panas di belakang skrin dan ‘sistem penyejuk’ skrin yang tidak berfungsi.

Sumber: Mirror UK

Sedap ke nasi lemak yang dah direvolusikan ini?

MakanLena: Tadom Hills, Banting

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.