‘Sukar Dilupakan!’, Ikan Bandaraya Bakar Cicah Air Asam Jadi Menu Istimewa Di Vietnam?

Ikan Bandaraya Hidangan Istimewa Vietnam
Sumber: FB

Ikan Bandaraya Bakar Cicah Air Asam Jadi Menu Istimewa Di Vietnam?

Setiap negara di muka bumi ini mempunyai perbezaan budaya, kepercayaan, mahupun makanan tradisional.

Mungkin sebahagian makanan tradisi dianggap pelik atau menggelikan bagi penduduk negara lain, namun ia mungkin menjadi hidangan yang dinikmati sejak turun temurun bagi sesuatu masyarakat.

Misalnya, ikan badaraya (suckermouth catfish) dipercayai dianggap sebagai salah satu hidangan istimewa bagi masyakarat Vietnam – bagi kita pula amatlah bertentangan untuk menjadikan ikan itu sebagai hidangan.

Ikan bandaraya, menjadi pilihan kebanyakan pengumpul ikan, antara lain bertujuan bagi membersihkan akuarium.

Namun, baru-baru ini spesies ini dijadikan hidangan bagi masyarakat Vietnam seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Tinh Nguyen.

Menurutnya, hidangan ikan tersebut bersama-sama air asam dijual pada harga 5,000 dong (kira-kira RM0.90) sahaja per kilogram.

“Keistimewaan kampung halaman saya! Sedap sehingga sukar untuk dilupakan!”

Menerusi hantaran tersebut, hidangan dipercayai ikan bandaraya yang telah disiang dan dibalut bersama daun pandan, serai serta cili. Kemudian, dipanggan di atas rangka kipas sebelum dihidang bersama air asam.

Ikan Bandaraya Hidangan Istimewa Vietnam

Dengar dah boleh buat kecur air liur! Tapi membayangkan ikan bandaraya…

Selain di Vietnam, hidangan ini dipercayai menjadi hidangan istimewa seperti otak-otak, bebola ikan, dan keropok di beberapa wilayah Indonesia seperti di Bogor, Depok dan Jakarta.

Bercakap tentang makanan, jika anda baru berjinak untuk belajar memasak, bolehlah mencuba resipi masakan di Buku Resipi Viral Paling Agung oleh Khairul Hakimin Muhammad.

Melihat budaya mereka memakan ikan bandaraya, adakah sememangnya ia boleh dimakan?

Sebuah kajian yang dilakukan pada Januari 2014, ikan bandaraya tidak boleh dimakan kerana ia mempunyai kandungan plumbum yang tinggi dalam badannya.

Spesis ikan ini juga berbahaya kepada ekosistem jika dilepaskan begitu sahaja kerana ia akan memakan telur spesis ikan lain. Malah, ada juga spesis ikan ini yang memakan anak dari jenisnya sendiri.

Sifatnya yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi membolehkan ia tinggal di dalam air yang rendah kandungan oksigen. Selain itu, kulitnya yang bertulang dan keras membuatkan ia sukar dimakan pemangsa lain.

Jika populasinya tidak dikawal, spesies ini boleh memakan algae dan makanan ikan lain secara berlebihan sekali gus menyumbang kepada pengurangan populasi ikan asal di sesuatu kawasan.

Sumber: ERA