Sultan Johor Rancang Buka Pasar Raya Harga Mampu Milik

Berita baik untuk semua bangsa Johor!

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merancang untuk membuka sebuah pasar raya yang menjual barangan pada harga mampu milik bagi membantu golongan berpendapatan rendah.

Baginda merancang untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama sebuah pasar raya besar bagi menjalankan operasi di Johor.

KEBAJIKAN RAKYAT TETAP MENJADI AGENDA SULTAN JOHOR DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Thursday, March 28, 2019

Dengan perancangan penubuhan untuk menjual barangan pada kadar 10% lebih rendah tetapi berkualiti, baginda memfokuskan kebajikan rakyat Johor terutamanya yang berpendapatan rendah.

“Ini akan memudahkan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barang keperluan asas dan harian pada harga yang murah.” – Sultan Johor

Sultan Johor Buka Pasar Raya

Dengan keadaan keperluan sara hidup yang semakin tinggi, inisiatif baginda ini diterima baik oleh semua rakyat Johor kerana dilihat sekurangnya mampu mengurangkan serba sedikit bebanan kewangan mereka.

Inilah sebabnya peminat anime suka ke Jepun.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.