Sunway Resort Tawar Diskaun Sehingga 98%, Bilik Serendah RM10 Sempena Promosi 11.11

Mengikut hype jualan sempena 11.11 ini, Sunway Hotels & Resort, bahagian hospitaliti  Kumpulan Sunway telah menawarkan promosi 11.11 Sunway-cation Sale dengan potongan harga sehingga 98%.

Promosi 11.11 Sunway Hotel

Sah untuk penginapan antara 12 November 2019 hingga 30 Jun 2020, tawaran ini bagaimana pun hanya sah dengan tempoh menginap minimum tiga hari dua malam dengan harga potongan serendah RM10, tertakluk pada penginapan malam yang pertama.

Boleh digunakan untuk hotel Sunway di Malaysia, Kemboja dan Vietnam yang mengambil bahagian sahaja, anda bolehlah lakukan tempahan di laman web Sunway Hotel bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 11 November 2019.

Merupakan tahun kedua mengambil bahagian dalam jualan 11.11, Sunway Hotels & Resorts memberitahu pada tahun 2018, tempahan yang mereka terima adalah tinggi dan ini membuka peluang untuk mereka sekali lagi turut serta dalam acara ini.

Promosi 11.11 Sunway Hotel 1

Antara hotel yang terlibat ialah Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Pyramid Hotel, Sunway Clio Hotel di Sunway City Kuala Lumpur dan Sunway Putra Hotel, Sunway Velocity Hotel di pusat bandar Kuala Lumpur, Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaya di Pulau Pinang, Sunway Hotel Phnom Penh dan Sunway Hotel Hanoi di Indochina.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menikmati penjimatan dan ganjaran apabila melakukan penginapan secara langsung yang disediakan termasuklah daftar keluar, urutan dan tawaran makan malam.

Sumber: Sunway Hotel

Antara bihun sup dan laksa utara di Montelo mana satu jadi pilihan anda?

Review Bihun Sup & Laksa Utara Citarasa Montelo

dan jangan lupa subscribe YouTube MAKANLENA.