Super Saigon Yang Superb

Dah hari minggu ni, nak keluar dating makan makanan Jepun dah boring, makan makanan Korea dah kerap sangat, makanan Cina dah mudah sangat boleh order di Haza Dim Sum sahaja, jadi apa kata kali ini anda cuba pula makan makanan Vietnam di Super Saigon, pasti awek anda impress dengan selera international anda.

Kalau anda pergi ke negara Vietnam sekalipun, kadang kadang agak sukar untuk mencari makanan tempatan yang sahih kehalalannya. Tapi di Super Saigon, kesahihannya sudah dikenalpasti kerana ia merupakan the first HALAL friendly Vietnamese restaurant di Kuala Lumpur.

Ada pelbagai jenis hidangan makanan Vietnam di sini tapi yang paling enak dan a must try pastilah makanan tradisional mereka, Pho.

Pho adalah hidangan mi beras (ala ala mi kew tiaw) bersama sup yang kaya dengan herba dan daging daging yang segar dan sayuran. Yang specialnya ialah kerana sup mereka direbus lebih daripada 8 jam untuk menghasilkan rasa yang hebat.

Super Saigon juga menggunakan bahan-bahan segar seperti pemotongan premium daging lembu Australia, ayam, herba segar dan bahan aromatik yang diimport untuk memastikan setiap hidangan dilaksanakan dengan sempurna. 

Jangan risau, walaupun menggunakan bahan bahan premium, harga menu mereka adalah berpatutan di bawah RM20 (tanpa tax). Dan tak tipu, rasanya sangat sedap dan refreshing.

Dan dah alang alang di sana, anda juga patut tidak lepaskan peluang untuk mencuba hidangan Vietnamese Fresh Rice Paper Roll bersama sama dengan dark-roasted Vietnamese coffee mereka. Pastinya minggu anda lebih kick selepas mencuba hidangan hidangan ini.