Taiping Tersenarai Antara 100 Destinasi Terbaik Pelancongan Eko Dunia 2018, Ini 5 Lokasi Menarik Wajib Pergi

Taiping eko pelancongan
Sumber: Cari Destinasi

Baru-baru ini, Taiping tersenarai antara 100 destinasi terbaik pelancongan eko dunia dalam Green Destination ITB Award 2018. Ia berikutan Taiping memenuhi kriteria sebagai destinasi yang mengangkat konsep kehidupan lestari dan mapan.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata, Taiping merupakan satu-satunya bandar yang mewakili negeri Perak serta Malaysia. Ternyata, penyertaan MPT untuk anugerah tersebut bagi kategori ‘Destination Management‘ membuahkan hasil.

Ini merupakan 5 lokasi eko pelancongan yang terdapat di Taiping:

1. Taman Tasik Taiping

Taiping eko pelancongan
Sumber: Tourism Perak

Taman Tasik Taiping pada asalnya merupakan kawasan perlombongan bijih timah ketika zaman penjajahan British. Tasik ini merupakan taman awam yang pertama dan taman terbesar di Malaysia, dibuka pada tahun 1880.

Tarikan alam semula jadi ini juga terdapat 10 buah tasik di sekitarnya dengan dikelilingi pohon-pohon angsana memberikan kesegaran kepada sesiapa yang bersantai di sini. Landskap taman ini merupakan hasil rekaan seorang warga British bernama Charles Compton.

Antara fasiliti yang terdapat di taman tasik ini termasuk kolam teratai, Taman Jepun, jambatan zig-zag, laluan rollerskate, trek berjoging, ruang refleksologi, bot pedal dan lain-lain lagi.

Alamat: Taiping Lake Garden, 12, Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya, 30000, Ipoh, Perak

2. Zoo Taiping

Taiping eko pelancongan
Sumber: Cari Destinasi

Tahukah anda, zoo pertama di Malaysia di mana? Kalau anda jawab Zoo Negara memang benar salah kerana zoo pertama yang wujud di negara ini ialah Zoo Taiping.

Taman yang berkeluasan 30 ekar ini memuatkan sekitar 1300 ekor haiwan yang dibiarkan bergerak bebas di dalam habitat semula jadi mereka. Zoo Taiping juga merupakan pelopor Night Safari di Malaysia. Menarik pergi zoo pada waktu malam kerana pengunjung dapat melihat aktiviti-aktiviti haiwan yang lebih aktif berbanding waktu siang.

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi hingga 6 petang)
Bayaran: Dewasa RM17, kanak-kanak RM8.50
Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping

3. Spritzer EcoPark

Taiping eko pelancongan
Sumber: Visit Malaysia

Dinamakan Spritzer EcoPark yang dibangunkan oleh syarikat air mineral Spritzer. Taman ini dibuka secara rasmi pada tahun 2015 menempatkan padang mini golf berbayar untuk pengunjung meluangkan masa bersama keluarga sambil menikmati udara nyaman.

Selain padang mini golf, terdapat juga Cactus Rock yang berusia 214 juta tahun dan kuncikan kenangan anda di sana di Heart Lock Corner. Pengunjung juga boleh memasuki ruang yang diberi nama The Discovery Tunnel untuk melihat info berkaitan pemprosesan air mineral Spritzer.

Alamat: Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping

4. Taiping Equine Park

Taiping eko pelancongan
Sumber: Mai Singgah

Siapa tidak pernah menunggang kuda? Taiping Equine Park antara salah satu lokasi terbaik untuk anda. Pelbagai pakej yag disediakan di sini seperti Joy Ride 2 Laps in Area Horse Therapy Single Class, 1 Lap Camping Site, dan banyak lagi termasuklah kelas menunggang kuda.

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (8.30 pagi – 11.00 pagi dan 3.30 petang – 7.00 petang), Sabtu dan Ahad (8.30 pagi – 7.00 pagi)

Alamat: Taiping Equine Recreation,Jalan Bukit Larut, 34000 Taiping

5. Bukit Larut (Maxwell Hill)

Taiping eko pelancongan
Sumber: Says

Bukit Larut atau nama lamanya, Maxwell Hill merupakan antara bukit terkenal untuk para pendaki kerana udara segar dan panorama alam semula jadi yang disajikannya, mampu memberikan ketenangan yang sukar untuk diungkapkan.

Bagi melihat pemandangan di Bukit Larut, pengunjung boleh menaiki menara tinjau yang disediakan. Dari bukit ini, anda dapat menikmati pemandangan sejauh Selat Melaka dan kadang kala sehingga ke Pulau Pangkor dan Pulau Pinang jika cuaca elok.

Bukit yang berketinggian 1250 meter dari paras laut ini boleh diakses dengan 2 cara iaitu sama ada dengan menyewa kereta empat roda yang disediakan pihak Bukit Larut (tempahan perlu dibuat awal) ataupun jika anda berstamina tinggi, boleh mendaki melalui jalan tar yang disediakan. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah kira-kira 3 jam bergantung kepada individu.

Alamat: Maxwell Hill, Pegawai Penjaga Bukit Larut, Taiping, Perak, 34000 Taiping

Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai alam semula jadi yang ada di Taiping ini agar tersenarai pula dalam top 10 tarikan pelancongan eko dunia.

Sumber: Mai Singgah, Astro Awani