Tak Masuk Akal! Bila Terlampau Kreatif, Lihat Apa Rakyat Lakukan Pada Mi Segera Indomie

Populariti mi segera Indomie dari Indonesia pada tahun 2017 pada peringkat global memang tidak dapat disangkal sehinggakan pernah tersenarai dalam Jenama Terbesar Dunia di kedudukan ke-8.

Indomie mampu membina 72% saham pasaran jika dibandingkan dengan jenama mi segera Indonesia yang lain dan menjadi pembekal utama mi segera ke Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Kanada, Asia, Afrika dan Eropah.

Pada zaman teknologi yang ‘diketuai’ oleh platform media sosial, ramai orang memperlihatkan kreativiti mereka kepada dunia dengan cara memuat naik status, gambar atau pun video di laman masing-masing.

Disebabkan terlalu kreatif, seorang rakyat Australia telah mencetuskan revolusi aiskrim popsicle dan mi segera Indomie membentuk pencuci mulut aiskrim berperisa Indomie.

Beliau juga sempat berkongsikan resipi aiskrim buatannya:

1. Rebus mi segera dan bancuh air oren (pilih perasa kegemaran anda) atau jus jeruk.
2. Campurkan mi segera yang sudah direbus ke dalam bancuhan air perasa ke dalam bekas popsicle.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan aiskrim mengeras sebelum boleh menikmatinya.

Aiskrim Indomie

Sebenarnya, ini bukan kali pertama mi segera Indomie ‘dicemari’ dengan kreativiti pengguna. Pernah pada tahun 2018, mereka mengadakan Pertandingan Resipi Paling Kreatif dan hasilnya amat mengejutkan; tak tercapai dek akal. Antaranya dalam bentuk puding, salad, jeli dan kek.

Jom layan gambar di bawah.

Revolusi Indomie 3

Revolusi Indomie 4

Revolusi Indomie 1

Revolusi Indomie 2

Pertandingan ini dimenangi oleh Umi Siti Sofia yang membawa pulang wang tunai 100 juta Rupiah. Berikut merupakan hasil kreativiti Umi Siti.

Revolusi Indomie

Jadi bagaimana? Anda cukup kental untuk mencuba resipi Indomie seperti di atas?

Sumber: World Of Buzz, IAmLejen

Tak rugi makan di Beb Stoneoven, Kajang ni.

Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.