Tak Perlu Beratur Lama, Ini Tutorial ‘Renew’ Pasport Secara Dalam Talian

Tutoral Renew Pasport Online
Sumber: Twitter

Apabila perlu memperbaharui pasport, saat inilah yang kita perlu bersiap-siaga untuk bangun awal pagi pergi ke cawangan UTC terdekat supaya tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama bukan?

Mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu bahawa sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk memperbaharui pasport iaitu hanya melalui secara dalam talian sahaja. Jabatan Imigresen Malaysia juga menyarankan agar orang ramai memperbaharui pasport mereka secara dalam talian tanpa perlu ke kaunter.

Berikut merupakan tutorial untuk memperbaharui pasport anda.

1. Isi borang online terlebih dahulu

Langkah pertama, anda perlulah pergi ke laman sesawang Imigresen Malaysia di pautan ini.

Seterusnya, isikan butiran peribadi seperti yang dikehendaki dalam borang tersebut. Kemudian, pilih cawangan imigresen yang mana anda mahu untuk pengambilan pasport baharu anda.

Perlu diingatkan, foto yang dimuat naik mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pastikan latar belakang gambar berwarna putih dan tidak blur. Jika tidak, anda terpaksa membuat kembali pasport anda semula.

Tutoral Renew Pasport Online

2. Pembayaran secara dalam talian

Setelah selesai mengisi butiran lengkap anda, boleh terus klik submit dan terus buat pembayaran secara dalam talian juga. Kadar bayaran untuk memperbaharui pasport bagi mereka yang berumur 13 – 59 tahun ialah sebanyak RM200 manakala bagi warga emas (60 tahun ke atas) hanya RM100.

3. Dokumen yang perlu dibawa untuk pengambilan pasport

Ketika menuntut pasport baharu, anda perlu membawa tiga dokumen penting iaitu cetakan resit yang dibayar secara dalam talian, kad pengenalan dan pasport lama.

Kemudian anda ambil nombor giliran di kaunter untuk mengambil pasport online dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil untuk proses seterusnya.

Tutoral Renew Pasport Online
Sumber: Mama Kembar Tiga

Tips penting: Jika isi borang sebelum 12 tengah hari, anda boleh ambil pasport baharu pada sebelah petang hari yang sama. Jika tidak, kemungkinan anda perlu mengambil pasport pada keesokan harinya.

Selepas ini, tidak perlulah bersesak-sesak lagi di kaunter JPN.

Jom saksikan Rambo: The Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

View this post on Instagram

Hey kawan-kawan, ingat lagi siapa ๐™Ž๐™ฎ๐™ก๐™ซ๐™š๐™จ๐™ฉ๐™š๐™ง ๐™Ž๐™ฉ๐™–๐™ก๐™ก๐™ค๐™ฃ๐™š? Rakan-rakan 70an pasti minat dia sebab DIALAH ๐™๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐™Š paling ๐™‡๐™š๐™Ÿ๐™š๐™ฃ, paling ๐™‹๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง, paling ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™—๐™ž๐™จ๐™–. ๐™‹๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™œ Dicabar! ๐Ÿ’ฅ ๐™๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐™Š ๐™‡๐˜ผ๐™Ž๐™ ๐˜ฝ๐™‡๐™Š๐™Š๐˜ฟ bakal menggegarkan pawagam bermula Khamis depan, 19th September 2019. ๐Ÿ”ฅ Anyway, korang dah boleh book ticket mulai sekarang dah.. Cuba ushaย mobile apps korang, i.e ๐™๐™‚๐™‘ ๐˜พ๐™ž๐™ฃ๐™š๐™ข๐™–๐™จ, ๐™‚๐™Ž๐˜พ ๐˜พ๐™ž๐™ฃ๐™š๐™ข๐™–๐™จ dah ada Advanced Sales tiket untuk movie ๐™๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐™Š ๐™‡๐˜ผ๐™Ž๐™ ๐˜ฝ๐™‡๐™Š๐™Š๐˜ฟ ni. #RamboMY

A post shared by ๐—ก๐—ฎ๐˜๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ฒ๐—น ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ž๐—ฎ๐˜ ๐—ก๐—ฒ๐—น๐—ณ๐—ฒ๐—ถ ๐—–๐—ต๐—ฎ๐—ป (@kitkat_nelfei) on