Tak Pernah Basuh Periuk Selama 46 Tahun, Rahsia Kedai Ini Kekal Reputasi Bihun Sup Paling Sedap

Periuk Bihun Sup Tak Pernah Basuh 46 Tahun
Sumber: NPR

Tak Pernah Basuh Periuk Selama 46 Tahun, Rahsia Kedai Ini Kekal Reputasi Bihun Sup Paling Sedap

Jika sesebuah kedai itu menyajikan makanan yang kena dengan selera kita, pastinya kita akan berulang kali datang untuk menyantap makanan itu dan menjadikan kedai itu adalah kedai kegemaran kita.

Sebuah restoran bihun sup di Bangkok mendapat reputasi sebagai salah sebuah kedai bihun sup paling sedap di Thailand kerana satu rahsia – tak pernah basuh periuk selama 46 tahun.

Pemilik restoran yang bernama Wattana Panich, Nattapong Kaweenuntawong, menjelaskan periuk yang digunakan untuk mereneh bihun sup daging atau dipanggil neua tune dalam bahasa Thailand tidak pernah dibasuh.

“Selama 45 tahun, sejak hari pertama kedai ini dibuka sehinggalah sekarang, kuah sup kami tak pernah dibuang. Ia disimpan sebelum dijadikan asas untuk sup baru esok,” jelas Kaweenuntawong kepada media pada tahun 2019.

Kaweenuntawong berkata kuah supnya yang berusia 45 tahun mempunyai ‘aroma dan rasa yang unik’.

“Apabila kami tutup kedai, kami akan terus memanaskannya semalaman dengan api perlahan. Esoknya, kami cuma tambah sahaja bahan-bahan dalam kuah sup tersebut.

Jika diperhatikan di sekeliling periuk neua tune di restoran itu, kelihatan ada bentukan kerak besar. Menurut Kaweenuntawong, kerak tersebut terbentuk hasil tumpahan kuah sup sejak 1974.

Antara bahan-bahan yang digunakan oleh restoran Wattana Panich dalam bihun sup mereka adalah daging lembu, bebola daging, perut lembu, bihun dan daun sup.

Periuk Bihun Sup Tak Pernah Basuh 46 Tahun

Bagi Kaweenuntawong yang kini berusia 40 tahun mengusahakan restoran bersama ibu dan isterinya, kuah sup lama yang paling penting sekali untuk semua bahan.

Kaweenuntawong merupakan generasi ketiga dalam keluarganya yang mengusahakan restoran unik itu dan berharap anaknya pula akan meneruskan perniagaan itu.

Konsep tak basuh periuk memasak sudah lama

Sebenarnya konsep masak tak basuh periuk untuk menjadikan makanan semakin sedap tidak asing dalm dunia kulinari.

Kadang-kala ia dipanggil ‘pot-au-feu’. Kadangkala ‘hunter’s pot’ atau ‘perpetual stew’. Tetapi semuanya merujuk kepada amalan menyimpan kuah sup dengan pemanasan api kecil.

Bahan yang ditambah cuma daging, sayur dan air dan dibuang hanyalah lapisan lemak di atas kuah sup kerana di situlah bakteria berkumpul.

Kuah sup yang dimasak dengan cara begini selamat dimakan dan ditambah rasanya unik dan lain dengan sup yang dimasak dalam periuk baru tetapi dua perkara ini perlu dibuat:

1. Lemak di bahagian atas kuah sup dibuang setiap kali kitaran masak baru bermula.
2. Sayur dan daging yang berlebihan dibuang setiap dua kitaran memasak.

Tak sangka kedai makan yang bertahan lama ini mempunyai konsep sebegini. Terbayang-bayang kedai sup yang ada disekeliling, bagaimana proses memasak mereka.

Kalau anda tak lalu makan di kedai selepas mengetahuinya, masak sendiri sajalah. Tapi kalau nak rasa keenakan yang sama seperti di kedai, gunalah ‘Neoflam Periuk Mewah‘ yang bukan sahaja rupa bentuk menarik tetapi mempunyai banyak kelebihan yang kaum wanita suka.

Sumber: Rencah