Taman Mini Malaysia & ASEAN Tidak Seperti Yang Digambarkan

taman mini & ASEAN
Sumber: Myfave

Taman Mini Malaysia & ASEAN yang terletak di Ayer Keroh, Melaka ialah kawasan pelancongan yang menawarkan pembelajaran budaya unik masyarakat setempat daripada pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Ciri utama taman ini menampilkan replika rumah tradisional yang mewakili gaya seni bina 13 buah negeri di Malaysia.

taman mini & ASEAN
Sumber: Lets go holiday

Dalam setiap rumah yang dipamerkan, para pengunjung disajikan dengan pelbagai seni yang ada di setiap negeri. Pengunjung juga boleh mempelajari kraftangan yang dipamerkan dengan lebih mendalam.

Namun, apa yang ditawarkan di kawasan pelancongan ini tidaklah sama seperti yang digambarkan. Ramai pengunjung hampa dan berasa tidak berbaloi dengan bayaran tiket yang dikenakan, apabila majoriti rumah tradisional yang dikunjungi tidak diurus dengan baik.

Kebanyakan pameran yang ditawarkan dalam keadaan yang tidak baik serta tidak diganti membuatkan ia tidak bertepatan dengan Tahun Melawat Melaka 2019. Seolah-olah kehadiran pengunjung tidak dialu-alukan kerana bukan sahaja berhabuk dan penuh najis cicak, malah ada bilik tidur yang bantalnya tidak bersarung.

taman mini & ASEAN
Sumber: Easybook

Selain kawasan rumah yang kelihatan begitu usang, di bahagian permainan kanak-kanak juga telah lama terbengkalai dan terdapat juga permainan yang ditumbuhi tumbuhan liar di kawasan sekitarnya. Dalam pada itu, rumah-rumah Asean juga masih ditutup kepada pengunjung untuk kerja membaik pulih.

Kerajaan negeri perlu bersikap tegas dengan pihak pengurusan kawasan pelancongan tersebut. Taman mini yang ditawarkan ini sememangnya boleh menarik ramai pengunjung kerana keunikan pelbagai aktiviti menarik seperti melihat persembahan tarian setiap negeri, makan makanan tradisi, aktiviti bermalam dan berkhemah serta banyak lagi jika pengurusan di sini dibuat dengan baik.

Diharapkan ada khabar baik terhadap taman mini ini dan janganlah ia ditutup dan dibiarkan begitu sahaja.

Sumber: Sinar Harian

 

Setiap negeri pasti ada makanan menarik untuk dicuba, tonton

9 antara makanan kegilaan rakyat Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.