Tambang Melaka River Cruise Naik Lebih 50 Peratus

harga tiket melaka river cruise naik
Sumber: Berita Harian

Bermula pada 1 Disember 2018, tambang tiket Melaka River Cruise mengalami harga baharu dengan kenaikan lebih 50 peratus bagi semua kategori pengunjung. Ini berikutan bagi menampung kos pengoperasian produk pelancongan berkenaan di Melaka.

Kenaikan harga itu membolehkan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) melakukan penambahbaikan ke atas bot dan memberi keselesaan kepada penumpang.

harga tiket melaka river cruise naik
Sumber: The Poor Traveler

Sebelum ini harga tiket bot Melaka River Cruise bagi orang dewasa ialah RM13 pada hari biasa dan RM18 untuk hujung minggu serta cuti sekolah. Manakala harga tiket bagi kanak-kanak bawah 12 tahun pula ialah RM6.50 untuk hari biasa, hujung minggu dan cuti sekolah.

Harga baharu ini bermula RM 15 bagi kanak-kanak dan RM25 bagi orang dewasa diselaraskan untuk pengunjung yang menaiki Melaka River Cruise pada hari biasa, hujung minggu dan cuti sekolah.

Ketua Pegawai Ekseutif PPSPM, Azlan Abidin berkata harga baharu berkenaan terpaksa dikenakan kerana PPSPM beroperasi menggunakan sumber kewangan sendiri tanpa bantuan kerajaan negeri atau persekutuan dan perlu memastikan keselesaan penumpang.

Ia turut membabitkan penambahan jarak perjalanan menjadikan jarak keseluruhan laluan bot kepada 19 kilometer apabila projek Sungai Melaka Fasa Dua siap sepenuhnya nanti.

Tambahan, para pengunjung yang datang sepanjang Disember ini dapat menikmati diskaun RM3 daripada semua kategori harga tiket baharu sebagai promosi dan mengurangkan tekanan pengunjung.

PPSPM juga berkata akan mengekalkan kenaikan harga baharu ini dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Anda boleh menyemak harga tiket baharu Melaka River Cruise di sini.

Sumber: Sinar Harian