Tangguh Dahulu Larangan Merokok Di Premis Makanan

tangguh larangan merokok
Sumber: BL Harian

Menyifatkan perbuatan merokok sebagai kebiasaan masyarakat Malaysia yang sudah sebati dalam diri bagi seorang perokok dan sukar untuk membendung ketagihan itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), T Muthusamy meminta kerajaan menangguh dahulu larangan merokok di premis makanan yang bakal berkuat kuasa 1 Januari 2019.

tangguh larangan merokok
Sumber: Cempedak Cheese

Katanya, ia sudah menjadi kebiasaan bagi perokok mengunjungi premis makanan untuk menikmati makanan sambil berbual dan merokok. Beliau juga memberi saranan kepada kerajaan membenarkan premis makanan menyediakan zon merokok dalam kawasan premis.

Antara premis makanan yang terbabit dengan larangan merokok, vape dan shisha bernikotin seperti restoran bertutup, berhawa dingin dan restoran atau warung yang berkonsep terbuka.

tangguh larangan merokok
Sumber: Sirap Limau

Muthusamy menjelaskan pelaksanaan merokok sejauh tiga meter atau 10 kaki dari premis makanan dianggap tidak praktikal dan tidak munasabah serta sukar dituruti pelanggan selain membebankan pengusaha sekiranya pelanggan ingkar terhadap arahan itu.

Tambahnya, kerajaan sebaliknya boleh memperkasakan undang-undang untuk membanteras penjualan rokok seludup dan rokok batang yang dilihat semakin menjadi-jadi terutama dalam kalangan pelajar sekolah.

Begitu juga dengan pendapat Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Ayoob Khan Muhamad Yakub menyatakan pengusaha restoran tidak mempunyai kuasa untuk menegur pelanggan yang merokok di premis mereka sekali gus menyukarkan usaha untuk menghalang perbuatan berkenaan. Walaupun pelanggan sendiri nampak papan tanda larangan merokok di lokasi awam, tetap ramai juga yang tidak mematuhinya.

Undang-undang yang ingin dilaksanakan itu, sememangnya pemilik restoran bersetuju namun mekanisme penguatkuasaan wajar diperkasakan bagi memastikan larangan tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Apapun, kita tunggu sahaja kenyataan dari Kementerian Kesihatan tentang isu ini. Lagipun, larangan merokok di premis makanan memang wajar dilaksanakan kerana makanan, minuman dan kesihatan orang sekeliling akan lebih terjamin.

Sumber: Berita Harian