Taugeh Segar Dan Tahan Lama Dengan 3 Cara Ini

Taugeh menjadi mudah layu jika dibiarkan terlalu lama di tempat yang kering dan lambat dimasak. Kadang-kadang, kalau simpan taugeh begitu sahaja berhari-hari dalam peti ais juga membuatkan ia lembik dan warnanya juga berubah coklat.

Bagaimana caranya untuk mengekalkan kesegaran taugeh dan dapat bertahan lama?

P1000258
Sumber: Chikuchacha

1. Masukkan Taugeh Ke Dalam Bekas Berisi Air

Isikan air ke dalam bekas kemudian masukkan taugeh. Pastikan taugeh terendam sepenuhnya dalam air. Tutup bekas dengan rapat dan simpan dalam peti ais.

tauge
Sumber: Wanista

2. Rendam Taugeh Dalam Air Dan Lemon

Gunakan bekas yang bertutup rapat dan isikan air. Kemudian, masukkan lemon yang telah dipotong dan taugeh. Pastikan taugeh terendam sepenuhnya. Jika tiada lemon, boleh gunakan asam keping dan limau nipis.

3. Masukkan Taugeh Ke Dalam Bekas Yang Beralas Tisu

Alaskan tisu ke dalam bekas makanan yang bertutup rapat. Kemudian masukkan taugeh yang telah dibersihkan ke dalam bekas tadi. Tutup bekas dengan rapat dan simpan dalam peti ais.

Untuk ketiga-tiga cara di atas, jangan simpan taugeh di tempat pembeku. Sekiranya anda mempunyai cara lain untuk mengekalkan kesegaran taugeh, boleh kongsikan bersama kami.
‘Sharing is caring.’