Teluk Darvel Akan Diwartakan Sebagai Destinasi Ekopelancongan Sabah

Teluk Darvel Blue Hole
Sumber: Amazing Nara

Baru-baru ini, penemuan tapak selam skuba yang ikonik iaitu Blue Hole (Lubang Biru) di Teluk Darvel, Lahad Datu bakal menjadi syurga penyelam seluruh dunia.

Penemuan itu direkodkan pada 14 Februari lalu oleh sekumpulan penyelam skuba termasuk penyelidik dari Taman-Taman Sabah (TTS) yang mengikuti Ekspedisi Saintifik bagi mengumpul data sumber marin di Teluk Darvel.

Lebih menarik, Blue Hole itu ditemukan dengan dua struktur lubang biru pada kedalaman 15 meter ke dasar laut berbanding Blue Hole lain di dunia yang hanya mempunyai satu lubang.

Blue Hole itu sesuai dipromosikan sebagai antara tapak selam pelancongan kerana kedudukan strategik, berdekatan dengan Pulau Sipadan di Semporna.

Teluk Darvel Blue Hole
Sumber: Front Desk

Demi menjadi salah satu destinasi ekopelancongan, kerajaan negeri akan mewartakan Teluk Darvel sebagai kawasan perlindungan marin. Langkah itu selaras dengan peta lakar TTS untuk mewartakan 10 peratus kawasan perairan Sabah sebagai kawasan perlindungan marin menjelang 2023.

Pewartaan ini langkah awal memulihara sumber marin di kawasan berkenaan kerana di Blue Hole memilik banyak terumbu karang tetapi kurang ikan.

Pengarah TTS, Jamili Nais berkata pihaknya bersedia menyahut cabaran kerajaan negeri ke arah pewartaan Teluk Darvel berpandukan niat rehabilitasi, pelancongan, penyelidikan dan pemuliharaan dengan titik permulaan menerusi ekspedisi saintifik.

Sumber: Sinar Harian, Utusan Online

 

Peminat kambing rugi kalau tak cuba datang Al-Rawsha ini.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.