Tentera Marin AS Makan Durian Dan Nangka Sebagai Latihan ‘Survival’ Dalam Hutan

Tentera AS makan durian

Bagi orang Asia, makan buah durian adalah perkara biasa. Walaupun masih ada beberapa orang Asia yang tidak boleh makan durian kerana baunya, permintaan buah durian semakin meningkat.

Kini, bukan orag Asia sahaja yang pandai memakan buah durian, malah masyarakat di negara Barat juga sudah mula ‘berjinak’ mencuba raja buah ini.

Dalam satu hantaran gambar di akaun Facebook 1st Marine Divison iaitu laman rasmi untuk United States Marine Corps (USMC), kelihatan angkatan tentera sedang mempelajari latihan kemandirian dalam hutan dari Singapore Armed Forces (SAF).

SURVIVALThis week, U.S. Marines participating in Valiant Mark 2019 learned jungle survival techniques from the…

Posted by 1st Marine Division on Wednesday, April 24, 2019

Latihan tersebut diadakan dalam kawasan hutan di Singapura dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Valiant Mark; membina dan mengekalkan hubungan antarabangsa dan pertukaran pengetahuan taktik.

Dalam latihan mereka, pasukan tentera marin Amerika Syarikat diajar cara menyediakan makanan dan memasak, membuat unggun api dan membina kawasan perlindungan daripada bahan semula jadi dalam hutan.

Tetapi apa yang paling menarik antara semua aktiviti itu ialah latihan mereka memakan dua buah tempatan iaitu durian dan nangka sebagai latihan kemandirian dalam hutan.

Tentera AS makan durian
Sumber: FB 1st Marine Division

Tentera AS makan durian

Kita mungkin rasa geli hati melihat antara latihan yang diberikan itu ialah makan dua buah tempatan ini tetapi kita perlu ingat mereka datang daripada latar belakang yang berlainan dan membesar dengan makanan berbeza.

Agaknya apalah yang mereka fikirkan apabila pertama kali bau dan merasa buah durian?

 

 

Destinasi terbaik fun and chill dengan kawan.

MakanLena: Tadom Hills, Banting

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.