Terbang Ke Fukuoka Dengan AirAsia X

fukuoka air asia x
Sumber: Newsroom AirAsia

AirAsia X melancarkan satu lagi penerbangan baharu terus dari Kuala Lumpur ke Fukuoka, Jepun. Perkhidmatan ini merupakan destinasi kelima syarikat penerbangan tersebut ke Jepun yang akan mula beroperasi pada 28 Februari 2019.

Penerbangan baharu ini juga memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun menerusi pembangunan sektor perdagangan dan pelancongan tempatan. Tambang penerbangan termasuk tambang bersempena pelancaran ini bermula dari RM199 sehala bagi tempat duduk biasa dan RM799 bagi tempat duduk Premium Flatbed.

Tempahan boleh dilakukan bermula 30 November hingga 9 Disember 2018 bagi perjalanan antara 28 Februari 2019 dan 28 Oktober 2019. Laluan baharu ini diperkenalkan atas dasar lebih enam juta para tetamu yang telah menggunakan penerbangan syarikat ini ke negara Jepun sejak 2010.

Laluan baharu ke Fukuoka juga bertujuan memperkenalkan destinasi pelancongan ke bandar itu. Bandar Fukuoka mempunyai pelbagai monumen bersejarah seperti Dazaifu Tenmangu shrine dan Istana Fukuoka yang terletak berdekatan dengan pusat pembangunan moden dan perindustrian.

fukuoka airasia x
Sumber: Japanistry
fukuoka airasia x
Sumber: Yabai

Juga boleh menikmati panorama persisiran pantai di semenanjung Itoshima untuk mereka yang sukakan aktiviti santai dan sukan air tertutama pada musim panas. Selain itu, pelancong juga boleh melihat suasana festival besar-besaran yang diadakan setiap tahun di Hakata Dontaku dan Hakata Gion Yamakasa.

fukuoka airasia x
Sumber: Yokanavi

Tidak lupa juga sajian istimewa Kyushu termasuk makanan laut bertaraf dunia iaitu yakitori dan sup panas motsunabe yang enak dinikmati semasa musim sejuk. Di bandar ini juga anda dapat menikmati hidangan mi ramen Hakata yang dikatakan terbaik di Jepun, dijual di gerai-gerai tempatan.

fukuoka air asia x
Sumber: D Magazine

Anda boleh melihat jadual penerbangan empat kali seminggu ke Fukuoka bermula 2 Disember ini di laman sesawang AirAsia untuk maklumat lanjut.

Sumber: Newsroom AirAsia