Terengganu Tutup Pusat Peranginan Oktober Ini

kuala terengganu

Terengganu bakal menutup pulau peranginan negeri ini awal bulan hadapan. Ini adalah disebabkan sebagai langkah bagi menghadapi cuaca yang tidak menuntu pada musim monsun yang akan melanda negeri pantai timur tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman, kesemua tempat singgahan seperti resort dan chalet akan mula menutup operasi bagi mengelak sebarang insiden buruk berlaku.

ariffin deraman
Kredit: Berita Harian

Tambahannya lagi, ini adalah untuk menjamin keselamatan pelancong dari dalam dan luar negara daripada ditimpa bahaya ketika musim tengkujuh.

Pusat peranginan yang ditutup digalakkan untuk membuat proses penyelenggaraan dan penaiktarafan sepanjang penutupan operasi demi keselesaan pengunjung.

Jadi, kepada anda yang mempunyai rancangan untuk bercuti ke Terengganu diharap peka dengan perkara ini agar tidak meluangkan masa anda ketika cuaca yang sedang tidak menentu ini.

Sumber: Sinar Harian