Teroka Aneka Juadah Tempatan Di Cyberjaya Makan Best Fest Ahad Ini

Cyberjaya Makan Best Fest

Teringin makan Nasi Lemak Angah? Dalam masa yang sama mahu juga mahu brisket daging yang menggegar jiwa dari Beard Brothers BBQ?

Dalam sehari sahaja, anda berpeluang menikmati kedua-dua juadah ini dan pelbagai lagi di Cyberjaya Makan Best Fest! Pesta makanan anjuran FriedChillies ini bakal disertai puluhan gerai Pop Up jenama popular seperti Pastribella, myPizzaLab, Nasi Lemak Angah, Beard Brothers BBQ dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, peminat kuih karipap tentu tidak mahu melepaskan peluang ke pesta makanan ini kerana gerai jualan karipap popular turut ada di sini termasuklah Karipap Mutiara dan Karipap Satay Ayam Mama.

Cyberjaya Makan Best Fest

Cyberjaya Makan Best Fest

Selain itu, aktiviti seperti Kuih Lejen akan menampilkan pakar-pakar serta veteran di dalam industri pembuatan kuih di negara ini seperti Mak Jah dan La Cucur, serta Mok Teh yang dikenali dengan kuih-kuih dari Pantai Timur Malaysia dan Apom Johol dari Negeri Sembilan.

Di sini juga dianjurkan kelas Masterclass pembuatan kuih secara percuma kepada pengunjung (termasuk untuk kanak-kanak) untuk mempelajari cara yang betul untuk membuat kuih.

Jika anda baru sahaja memulakan perniagaan makanan, ini peluang terbaik untuk ke sini kerana terdapat acara diskusi menerusi segmen Bizniz Talk yang akan membicarakan tentang perniagaan makanan.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Cyberjaya Makan Best yang bakal berlangsung pada 20 Oktober ini bermula pada 10 pagi hingga 8 malam di RekaScape, Cyberjaya.

Cyberjaya Makan Best Fest

Cyberjaya Makan Best Fest

Cyberjaya Makan Best Fest

Kemasukan adalah percuma dan kesemua pembelian makanan di sini perlu menggunakan aplikasi e-dompet Boost.