Teropong Cakerawala Dengan Teleskop Terbesar Di Malaysia

teropong cakerawal di port dickson
Sumber: Twitter

Biasanya, jika sebut tentang Port Dickson mesti kita akan bayang percutian santai di tepi pantai sambil melihat desiran ombak. Kita juga tahu, Port Dickson juga terkenal untuk penggemar sukan lasak iaitu mendaki di Bukit Batu Putih yang terletak di Tanjung Tuan.

teropong cakerawala di port dickson
Sumber: Majlis Perbandaran Port Dickson

Namun, selain daripada aktiviti yang dinyatakan, anda juga berpeluang “meneropong” bintang dan matahari di Port Dickson. Lokasinya di Balai Cerap Teluk Kemang, terletak di Kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang.

Menariknya, teleskop yang terdapat di balai cerap ini adalah yang terbesar di Malaysia dan tercanggih di Asia Tenggara! Balai cerap ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk merasai pengalaman melihat keajaiban alam semesta dengan lebih dekat.

Apa yang anda perlu tahu tentang balai cerap ini?

Balai Cerap Teluk Kemang dibuka setiap hari dan hanya 30 orang sahaja yang dapat memasuki balai cerap tersebut dalam satu masa. Pengunjung boleh menjalankan aktiviti cerapan matahari pada jam 3 hinga 5 petang, manakala cerapan bintang pada jam 10.30 hingga 12 tenah malam.

Pengunjung yang ingin merasai pengalaman mencerap alam cakerawala boleh bermalam di Klana Resort Port Dickson yang berkonsepkan edu-astro-tourism kerana jika bermalam di sana pengunjung diberi pas akses ke balai cerap sahaja. Jika tidak bermalam di sana, anda masih boleh lakukan aktiviti mencerap tetapi dikenakan bayaran yang berpatutan.

teropong cakerawala di port dickson
Sumber: Gites.fr

Tujuan balai cerap ini dibuka kepada orang ramai untuk memupuk minat generasi muda mempelajari ilmu astronomi. Balai Cerap Teluk Kemang juga menjadi tumpuan pengkaji ilmu falak dalam dan luar negara kerana balai ini telah merekodkan penampakan anak bulan paling tinggi dalam sejarah balai cerap di seluruh Malaysia.

Memang padanlah dengan teknologi canggih yang terdapat di balai cerap ini!

Selain itu, balai cerap ini juga turut menyediakan ruang pameran yang menempatkan lebih 20 artifak tentang ilmu falak atau ilmu astronomi dari zaman dahulu hingga kini. Bagi pengunjung yang hendak ke sini selain melihat angkasa lepas, pengunjung juga berpeluang mengenali peralatan digunakan pengkaji terdahulu dalam kajian mereka tentang alam semesta.

Untuk mendapatkan cerapan yang berkualiti, perlu kurangkan pencemaran cahaya pada waktu malam. Begitulah persekitaran di Port Dickson, kurang pencemaran cahaya yang amat sesuai untuk aktiviti mencerap di sana.

Hingga ke hari ini, kehadiran pengunjung ke balai cerap tersebut masih suam-suam kuku sedangkan pihak di sana sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong. Pengunjung bukan sahaja dapat melihat panorama keindahan selat melaka yang terbentang luas, malahan dapat melihat keajaiban alam semesta.

teropong cakerawala di port dickson
Sumber: Orang Nogori

Jika anda berkunjung di Port Dickson, jangan lupa singgah di Balai Cerap Teluk Kemang yang jaraknya tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang untuk merasai anugerah alam ini.

Pasti anda tidak menyesal!

Sumber: Sinar Harian