Tiket ETS Sempena Cuti Tahun Baru Cina Mula Dijual 2 Januari 2019

ETS Raya Cina
Sumber: Youtube Lacasa Biru

Tiket ETS untuk perjalanan di antara 1 Februari hingga 30 April tahun hadapan akan mula dijual bermula 2 Januari ini sempena meraikan cuti Tahun Baru Cina pada 5 hingga 6 Februari 2019.

Dalam kenyataan media, pihak KTM memberitahu bahawa jadual untuk tempoh waktu tersebut adalah sama dengan yang sedia ada, iaitu 36 perjalanan sehari.

KENYATAAN MEDIA Jualan tiket ETS bagi perjalanan bulan Februari hingga April 2019 akan dibuka pada 2 Januari 2019 Jam 8.30 pagi#KTMB #KTMBERHAD #ETS #Intercity #KTMKomuter #KTMKargo #SkyparkLink

Posted by KTM Berhad on Monday, December 24, 2018

Dengan tujuan memudahkan penumpang, pihak KTM membuka jualan tiket lebih awal daripada biasa supaya mereka dapat merancang dan memastikan perjalanan percutian menjadi lebih lancar dan sistematik.

ETS Raya Cina

Tidak perlu beratur panjang di kaunter, pihak KTM menyediakan kemudahan untuk penumpang melakukan pembelian secara atas talian melalui laman rasmi KTM atau aplikasi telefon pintar KTM MobTicket.

Pihak KTM juga turut menyenaraikan kaunter yang terlibat dalam penjualan tiket ETS seperti di bawah:

Untuk keselesaan anda dinasihatkan tidak bersesak di kaunter tiket Stesen KL Sentral kerana stesen-stesen Komuter juga boleh beli tiket ETS.

Posted by KTM Berhad on Monday, December 24, 2018

Selepas ini, anda bolehlah mula merancang percutian dalam tempoh waktu perjalanan tersebut. Jangan sampai terlepas peluang. Menangis ‘tak berlagu’ nanti.

Sumber: Facebook KTM Berhad