Tip Hasilkan Bawang Goreng Rangup Dan Tahan Lama

Sumber: Harian Indo

Bawang goreng memang sedap kalau dijadikan sebagai penambah rasa hidangan. Kalau beli di kedai, jarang kita dapat bawang goreng yang sedap dan terasa fresh. Apa kata kali ini cuba resipi dan tip mudah dalam penghasilan bawang goreng rangup dan sedap.

Bahan-Bahan:

*1/2 kilogram bawang merah dihiris nipis
*2-3 ulas bawang putih hiris nipis
*2 sudu besar tepung jagung
*Gula dan garam seculup rasa

Cara penyediaan:

1. Bawang merah dan bawang putih diperap bersama tepung jagung, garam dan gula selama 30 minit.

2. Goreng bawang sehingga kelihatan kuning dan toskan.

Bawang Goreng Rangup
Sumber: Kreasi Sasa

Tip 1: Bawang putih berfungsi sebagai menambahkan rasa rangup bawang goreng.

Tip 2: Jangan goreng bawang sehingga terlalu kuning, supaya apabila diangkat bawang bertukar hitam.

Tip 3: Biarkan sehingga sejuk dan keringkan minyak sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Sumber: Rasa

Ei, jijik sungguhlah.

Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.