Tip Mudah Elak Pilih Penginapan Hotel Percutian Berhantu

Sumber: The Fortean Slip

Manusia bukan satu-satunya makhluk yang mendiami bumi ini. Adakalanya, manusia sering lupa bahawa mereka ini turut berkongsi tempat dengan makhluk lain sehingga melakukan perkara-perkara yang menimbulkan kemarahan mereka hanya kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Salah memilih kawasan penginapan semasa bercuti boleh menyebabkan percutian anda tidak berjalan dengan lancar. Ada antara individu yang gemar memilih penginapan secara ‘tangkap muat’ dengan alasan asalkan ada.

Kalau individu tersebut berani dan kental hati, memang tiada masalah. Bagaimana pula untuk yang jenis penakut?

Kami berikan lima tip mudah elakkan diri dari memilih penginapan percutian yang berhantu ini.

1. “Kalau encik tidak kisah, kami ada satu bilik untuk encik.”

Jika ayat ini keluar dari mulut penjaga kaunter hotel, lebih baiklah anda elakkan daripada menerima tawaran mereka. Ini kerana dalam semua hotel, ada beberapa bilik yang ditutup dari tempahan berkemungkinan daripada peristiwa yang perlaku dahulu.

Contohnya seperti bilik yang pernah berlaku pembunuhan dan usaha untuk ‘membersihkan’ kawasan berkenaan gagal. Ada antara pemilik hotel yang lebih memikirkan soal keuntungan, lebih-lebih lagi apabila ada pelanggan secara ‘rela hati’ mahu menerima bilik berkenaan.

Kalau jenis yang tidur mati dan hati kental, bolehlah kot untuk mereka terima pelawaan tersebut.

Hotel Berhantu
Sumber: The Disney Wiki

2. Elak kawasan terpencil

Kononnya mahukan cabaran dengan memilih tempat-tempat yang jauh tersorok dari kawasan tumpuan. Disebabkan rasa adalah tidak chill jika memilih tempat penginapan biasa, ada individu dengan sengaja menempah kawasan penginapan ‘bermasalah’ ini.

Jangan nanti bila nampak kelibat di tingkap bilik baru nak menggelabah sudahlah.

3. Elak kawasan bersejarah

Tidak salah jika anda mahu merasai ‘hidup’ dalam sejarah. Tapi anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum diganggu. Tapak-tapak sejarah kebiasaannya menjadi saksi banyak kejadian pembunuhan.

Jadi, jangan hairanlah jika anda ada terdengar bunyi menjerit kesakitan seperti diseksa pada waktu tengah malam.

4. Aura bilik pelik

Kadangkala, naluri hati kita terdetik apabila terasa ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda rasakan bilik yang anda mahukan itu ada aura yang menyebabkan rasa tidak sedap hati, lebih baik anda berbincang dengan petugas hotel di bahagian kaunter untuk proses pertukaran bilik.

Ada bilik yang masuk-masuk sahaja, sudah naik segala bulu roma yang ada. Ada juga yang kelihatan berselerak seperti tidak dikemas. Jika anda rasa cukup kental untuk tempuhi gangguan pada malam hari tersebut, silakan.

Tapi, jangan pula semua tempat bilik anda rasa auranya lain. Entah-entah, anda yang penakut.

Hotel Berhantu
Sumber: CN Traveler

5. Jaga adab

Sudah namanya pun menumpang sebentar, silalah jaga adab-adab anda ketika berada di tempat orang. Jangan pula terjerit terlolong macam orang kena sampuk. Terutamanya ketika waktu senja. Sentiasa jaga adab dan kawal tingkah laku anda, tiadalah makhluk lain datang mengganggu.

Biasanya orang yang tunjuk berani ni akan kena dahulu.

Jika anda ada tip yang lain, bolehlah kongsikan bersama kami di MakanLena. Apa-apa pun yang berlaku, sentiasalah ingat bahawa mereka juga makhluk Tuhan.

Sumber: Jom Jalan

Abang StoneOver ni buat live show masak piza yang tak kedekut keju mozarella, memang terliur dibuatnya. Memang meleleh air liur.

Beb Stone Oven Pizza

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

Beb Stone Oven Pizza

Homemade pizza dengan roti lembut gebu, dibakar di depan mata. Ah, tengok sajalah video ini…

Posted by MakanLena on Thursday, January 17, 2019