Tonton Balik Tabir Proses Pelupusan Barangan Terlarang Di Lapangan Terbang JFK

Di setiap negara ada peraturan barang-barang larangan yang dilarang untuk dibawa masuk. Sekiranya tertangkap di bahagian kaunter kastam, pesalah berkemungkinan akan berdepan dengan denda dan hukuman penjara.

Tapi apa yang akan pihak kastam lakukan pada barangan yang dirampas? Pernah tidak persoalan tersebut muncul di fikiran anda?

Business Insider telah mengupas persoalan ini dengan melakukan sendiri lawatan di kawasan belakang tabir Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, Amerika Syarikat untuk menyaksikan proses penghapusan barang terlarang oleh pihak kastam di sana.

Penghapusan Barang Larangan Di Lapangan Terbang

Untuk pengetahuan anda, Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy merupakan salah satu lapangan terbang paling sibuk dengan purata bagasi yang didaftar untuk satu terminal sahaja boleh mencecah 1,000 buah dalam masa sejam.

Bagi ‘menyelamatkan’ Amerika Syarikat daripada ancaman bahaya sama ada yang datang daripada makanan, dadah atau pun individu, kerajaan Amerika Syarikat telah memutuskan untuk mengetatkan undang-undang kemasukan barangan dan juga pemeriksaan di kaunter kemasukan negara.

Walaupun hanya satu biji tomato yang sudah disorokkan di celah-celah lipatan baju dalam bagasi, jangan sangka anda terlepas. Ianya tetap mampu dihidu oleh anjing pengesan yang terlatih.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai proses tersebut, bolehlah tonton video di bawah:

Menu kegemaran. Sedap dia lain macam.

Review Bihun Sup & Laksa Utara Citarasa Montelo [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.