Tony Fernandes Tunai Impian Pelajar Bawa Ibu Bapa Ke Tanah Suci

Tony Taja Pelajar

Setiap daripada orang Islam pasti berimpian untuk menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Umat Islam yang mengunjungi dua kota suci ini bukan sahaja bagi tujuan beribadah tetapi turut melawat tempat-tempat bersejarah yang memaparkan keagungan agama Islam.

Tidak lari daripada impian tersebut, seorang remaja yang merupakan anak sulung kepada empat orang adik beradik ini berhasrat untuk membawa kedua ibu bapanya ke Tanah Suci pada suatau hari nanti. Semuanya bermula daripada satu pertanyaan kepada Tony Fernandes semasa program Executive Talk dijalankan di universitinya.

Tony Taja Pelajar
Sumber: Web Haji

Remaja lelaki terbabit bertanya mengenai apakah inspirasi Tony Fernandes untuk membuka syarikat penerbangan dan turut berkongsi mengenai inspirasi dirinya, Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Air Asia itu telah meluahkan hasrat beliau untuk menaja tiket penerbangan mereka ke Tanah Suci Mekah di akhir program tersebut.

Terkejut dengan pemberian tersebut, pelajar UniSZA jurusan Diploma Pengajian Islam (Dakwah) tersebut melahirkan rasa syukur kerana impiannya sejak dari kecil telah direalisasikan oleh Tony Fernandes.

Tony Taja Pelajar
Sumber: Dimensi

Penajaan tiket penerbangan oleh Tony Fernandes ini bukanlah sesuatu yang asing lagi jika beliau hadir ke program yang melibatkan pelajar universiti. Pada Jun 2016, satu paparan video menjadi tular apabila beliau telah menaja tiket penerbangan dan penginapan pelajar Universiti Putra Malaysia ke Boracay, Filipina dan Krabi, Thailand.

Sumber: Sinar Harian Online