Transformasi Lee Shin Cheng, Daripada Penjual Aiskrim Atas Basikal Kepada Jutawan Malaysia

Meninggal dunia pada usia 79 tahun, kehidupan mendiang Lee Shin Cheng memang perlu semua orang contohi. Meninggalkan isteri bersama enam orang anak dan 12 orang cucu, Lee yang juga merupakan seorang pengarah eksekutif syarikat minyak kumpulan IOI meninggal dunia dua hari sebelum menyambut haro lahirnya yang ke-80 Sabtu lalu.

Dikenali sebagai seorang yang bervisi, Lee pernah menjual aiskrim dengan menggunakan basikal pada umur 11 tahun dan berhenti sekolah disebabkan mahu membantu menyara keluarganya sebelum kembali meneruskan pelajaran empat tahun kemudian.

Bukan itu sahaja, Lee yang pernah mempunyai pengalaman bekerja di beberapa tempat termasuklah stesen minyak dan pekerja am tanaman pernah ditolak hanya kerana tidak mahir berbahasa Inggeris walaupun berjaya menjawab hampir kesemua daripada soalan temu bual.

Lee Shin Cheng 1

Tidak berputus asa, Lee akhirnya diterima bekerja di syarikat penanaman kecil sebagai penyelia lapangan pada tahun 1961. Setelah dinaikkan pangkat beberapa kali, beliau mampu membeli Dunlop Estates pada 1989 yang telah menolak permohonan kerja beliau pada awalnya.

Jika ditanya kenapa beliau memilih bidang minyak kelapa, jawapan beliau mudah, “kerana potensi yang ada untuk ditukarkan kepada pelaburan yang menguntungkan”. Sehingga kini, IOI Corporation Berhad sudah menjalankan operasi di lapan buah negara merentasi Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Utara selain daripada 90 buah ladang minyak kelapa di Indonesia dan Malaysia.

Selain daripada itu, Lee turut mengasaskan Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng yang ditubuhkan pada 1994, menjadi Pengarah di Sekolah Menengah Kuen Cheng selama 20 tahun dan juga penyalur dana kepada beberapa institusi sosial, pendidikan, perubatan, teknologi serta masyarakat.

Sumber: Business Insider

Terliur pula tengok mereka makan.

Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.