Travel Bersama BFF Bantu Tingkatkan Tahap Kesihatan

travel BFF
Sumber: One Travel

Masing-masing mempunyai cara tersendiri apabila travel. Ada yang lebih gemar travel secara solo, bersama keluarga dan juga rakan. Jika travel bersama rakan, memang akan bertambah menyeronokkan lebih-lebih jika sekepala.

Kajian menunjukkan, jika anda travel bersama rakan-rakan, ia membantu meningkatkan kesihatan anda!

Tidak dinafikan kita semua pastilah sayang dengan keluarga yang merupakan darah daging kita tetapi hubungan persahabatan mampu memanjangkan kelangsungan hidup, mengurangkan kemungkinan serangan penyakit jantung dan membantu kita untuk lebih bertolak ansur dengan rasa sakit.

travel BFF
Sumber: Checkin

Pada tahun 2016, para penyelidik mendapati keluar bersama rakan mampu meningkatkan hormon oxytocin; hormon yang dipanggil sebagai ‘hormon cinta’. Hormon oxytocin membantu manusia membina kepercayaan, bersifat murah hati, lebih ramah dan semua perkara yang berkaitan dengan hubungan persahabatan.

Manakala kajian tentang mereka yang tiada hubungan persahabatan cenderung mengalami tekanan dan sering hidup dalam ketakutan. Kemungkinan mati awal berbanding mereka yang mempunyai sahabat.

Memiliki rakan terbukti secara saintifik ia membantu meningkatkan kesihatan anda, namun sukar untuk mengekalkan persahabatan lebih lama kerana dalam dunia ini tiada apa yang kekal dan pasti berubah.

Tapi yang pastinya, mengekalkan hubungan dengan beberapa rakan sekeliling anda mampu merubah kehidupan anda dengan lebih sejahtera. Jadi, kekalkan hubungan persahabatan mampu membuatkan hidup anda lebih bahagia!

Hubungan persahabatan mampu meningkatkan kebahagian dan kesihatan berbanding hubungan lain. Jadi, rancanglah trip anda bersama rakan sekurangnya sekali seumur hidup selagi masih ada peluang.

Sumber: Travel And Leisure

Bulan puasa pun dah nak dekat. Apa kata try masak nanti?

5 Resepi Unik Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

5 Resepi Unik Adamdidam

Ini kompilasi 5 resepi unik finalis Hero Oven musim kedua. Macam sedap betul…

Posted by MakanLena on Friday, January 18, 2019