Tripfez, Aplikasi Tempah Hotel Mesra Muslim Seluruh Dunia

Tripfez Hotel Muslim

Bila nak buat tempahan penginapan semasa melancong ke tempat yang bukan majoritinya orang Islam, pasti Muslim lah yang paling berada dalam keadaan dilema. Bukan boleh sebarang tempah, aspek utama yang berada dalam senarai pemilihan ialah kesucian tempat dan jarak antara hotel dengan restoran halal.

Menerusi laman web yang biasa kita kunjungi seperti Agoda, Booking.com dan Trivago, spesifikasi ini jarang ada dinyatakan dalam bahagian deskripsi hotel. Jadinya untuk langkah mudah, ramai daripada kita yang berpegang pada prinsip ‘darurat dan musafir’.

Tripfez Hotel Muslim
Sumber: Web In Travel

Menyedari kesusahan ini, seorang anak muda Kuala Lumpur yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kelas Pertama) dari Universiti Sydney, Australia telah mencipta satu laman web khas untuk tempahan hotel terutamanya untuk mereka yang bergelar Muslim iaitu Tripfez.

Yang menambahkan lagi keistimewaan aplikasi ini ialah Tripfez membekalkan waktu solat sepanjang keberadaan anda di negara yang dikunjungi. Bukan itu sahaja, senarai restoran halal yang diiktiraf sijil halalnya juga turut disediakan.

Tripfez Hotel Muslim

Lebih 55,000 hotel telah dikaji secara teliti dan dinilai berdasarkan kemudahan mesra Muslim yang disediakan mereka. Hanya dengan klik pada butang-butang tertentu, anda sudah boleh mendapatkan penginapan mesra Muslim dalam masa yang singkat tanpa perlu risau kesahihan statusnya.

Memang memudahkan. Tidak perlu tercari-cari lagi, semuanya disediakan pihak Tripfez. Apa tunggu lagi, jika anda masih tercari penginapan untuk percutian anda, marilah sama-sama kita sokong ciptaan bernas anak Melayu Malaysia ini.

Sumber: Tripfez