Tular Roti Ada Najis Tikus, Ini Penjelasan Daripada Gardenia Malaysia

Tular di laman sosial Facebook beberapa hari lepas mengenai kewujudan najis tikus dalam bungkusan roti Gardenia yang dibeli oleh pengguna dalam keadaannya elok berbungkus.

Roti Gardenia Ada Najis Tikus 5

Mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat, pihak Gardenia tampil memberikan penjelasan menjelaskan perkara sebenar mengenai isu najis tikus yang terdapat pada roti Gardenia Original Classic Jumbo.

ROTI GARDENIA DENGAN 'NAJIS TIKUS'Berkenaan dengan perkara tersebut, berikut adalah penyataan rasmi Gardenia. Kami…

Posted by Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [Official] on Tuesday, July 9, 2019

Sampel yang tercemar dengan bendasing berwarna hitam itu dihantar ke SIRIM dan Pakar Kawalan Serangga Perosak bagi menjalani ujian untuk mengenal pasti apakah ia dan membuktikan bahawa ianya bukanlah najis tikus.

Roti Gardenia Ada Najis Tikus 8

Hasil siasatan mendapati bahawa bendasing itu bukanlah najis tikus seperti yang didakwa oleh pengguna sebaliknya serpihan doh yang telah melalui dua kali proses pembakaran.

Pihak Gardenia juga telah menjemput beliau untuk datang melawat sendiri kilang Gardenia bagi melihat bagaimana proses pembuatan roti ini dijalankan.

Roti Gardenia Ada Najis Tikus 2

Dengan mengamalkan dasar serta polisi Gardenia yang sentiasa memberikan yang terbaik dari segi kualiti dan produk, Gardenia meyakini produk mereka adalah yang terbaik untuk pengguna.

Untuk pengetahuan anda juga, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan Gardenia di Sabah dan Sarawak adalah syarikat yang berbeza dan tidak berkait antara satu sama lain. Jom lihat apa perbezaan bungkusan roti Gardenia Kuala Lumpur dengan yang ada di Sabah dan Sarawak.

1. Kuala Lumpur

Roti Gardenia Ada Najis Tikus 1

2. Sabah/ Sarawak

Roti Gardenia Ada Najis Tikus

Pengajarannya dari kisah ini, lain kali jangan terus tularkan. Bawa bersabar dan tanyakan dahulu pada pihak yang berkenaan. Kalau dah salah begini, kan sudah mendapat malu.

Menginap di Laguna Redang Island Resort memang rasa percutian pantai 5 bintang.

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.