Venice Bakal Kenakan Cukai Masuk Kepada Pelancong

Cukai Venice
Sumber: Enaknya Kemana

Venice, Itali merupakan salah satu kota pelancongan romantis yang terkenal di dunia. Sesiapa yang pergi ke Venice, pasti tidak akan melepaskan peluang menaiki gondola yang dibawa menyusuri terusan sungai.

BACA: Najwa Latif Sebak Bawa Ibu Naik Gondola Di Venice

Buat anda yang belum pernah dan berhasrat ke kota air ini, mungkin memerlukan bajet yang lebih kerana Majlis Bandaran Venice telah menetapkan untuk mengenakan cukai pelancongan walaupun sehari untuk membantu membayar penyelenggaraan dan membersihkan bandar itu.

Cukai Venice
Sumber: CNN

Venice menerima kunjungan sehingga 25 juta pelancong setahun, yang mana kira-kira 14 juta adalah pelawat sehari.

Masyarakat Venice sudah lama mengadu mengenai pelancong yang melakukan lawatan sehari serta penumpang kapal peleseran yang datang ke bandar itu tanpa menyumbang kepada ekonomi bandar tersebut. Mereka hanya membawa makanan sendiri dan tidak mengeluarkan sesen di restoran, bar serta kafe di bandar tersebut.

Bagi membantu ekonomi di bandar Warisan Sedunia itu, Itali mengenakan cukai termasuk kos bas, kereta api dan kapal peleseran yang kemudian disalurkan kepada penguasa bandar tersebut.

Cukai itu dikenakan antara 2.50 euro sehingga 10 euro setiap seorang, bergantung kepada musim lawatan. Menurut Datuk Bandar Venice, Luigi Brugnaro, menerusi langkah baharu ini, mereka dapat mengatasi perbelanjaan tambahan Venice.

Katanya lagi, kota itu membayar lebih kurang 30 juta euro setahun untuk membersihkan kawasan sekitarnya berbanding pembersihan pusat-pusat bersejarah, memandangkan ramai pengunjung yang datang melawat.

Sumber: Berita Harian SG

Terliur tengok dia punya cheese.

Beb Stone Oven Pizza

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

Beb Stone Oven Pizza

Homemade pizza dengan roti lembut gebu, dibakar di depan mata. Ah, tengok sajalah video ini…

Posted by MakanLena on Thursday, January 17, 2019