Wanita Cuba Korek Tulang Ikan Tersangkut Di Kerongkong, Malangnya Tertelan Sudu

Pernah tak anda terfikir, tindakan mengorek tulang ikan yang tersekat di kerongkong dengan menggunakan sudu boleh menyebabkan berlakunya kecelakaan lebih besar?

Seorang wanita, Lili terpaksa menjalani pembedahan apabila tertelan sudu sepanjang lima inci yang digunakan untuk mengorek tulang ikan di kerongkongnya setelah bertahan selama empat hari.

Lili berkata sepanjang empat hari, beliau tidak menghadapi sebarang ketidakselesaan atau kesakitan pada perut. Selepas melakukan X-ray dan endoskopi pada Lili, doktor menemui sudu tersebut berada di bahagian duodenum (pangkal usus kecil selepas perut).

Kejadian ini berlaku pada waktu cuti umum, 5 April bersempena dengan Festival Qingming menyebabkan Lili merasakan ke hospital pada sambutan perayaan tersebut adalah sangat ‘melecehkan’. Akibat tertelan sudu besi dan lambat mengeluarkannya, duodenum Lili sedikit membengkak dan terhakis.

“Sudu tersebut berada dalam keadaan melintang menyebabkan kami terpaksa berhati-hati menarik keluarnya dalam keadaan menegak. Keseluruhan masa yang diambil untuk mengeluarkan sudu tersebut ialah 10 minit.”

Tertelan Sudu

Walau bagaimanapun, di China kejadian tertelan sudu bukanlah sesuatu yang baru. Oktober lalu, seorang lelaki berusia 26 tahun menelan sudu besi semasa dalam keadaan mabuk dan pada Jun 2015 pula, seorang pelajar tertelan sudu gara-gara ditolak semasa menikmati aiskrim.

Macam-macam hal betullah di China. Agak-agak di Malaysia ada juga yang pernah tertelan sudu?

Sumber: Daily Mail

Kreatif betul orang Malaysia.

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.