Wanita Dihalang Dari Menaiki Pesawat Kerana Berpakaian Tidak Senonoh

Seorang wanita diminta untuk menutup badannya atau akan dihalang dari menaiki pesawat kerana berpakaian tidak senonoh dan ‘mengganggu ketenteraman’.

Emily O’Connor, 21 tahun mendakwa dirinya dihalang dari menaiki pesawat Thomas Cook walaupun tidak mengalami sebarang masalah semasa melalui kaunter kawalan pasport.

Beliau yang sepatutnya menaiki penerbangan dari Birmingham ke Tenerife dikelilingi anggota keselamatan, pengurus penerbangan dan 300 orang penumpang lain.

Dihalang Naik Pesawat Kerana Pakaian Tidak Senonoh

Enggan menyarung jaket yang diberikan kerana tidak mahu dianggap mudah untuk ditakutkan, Emily diminta menunjukkan bagasinya sebelum diminta keluar daripada pesawat.

“Perkara ini merosakkan percutian saya. Saya berasa sangat malu dan merasakan bahawa ianya bersifat seksis dan misogynistic (membenci wanita).”

Pesawat Thomas Cook yang lewat berlepas selama 20 minit mendakwa bahawa kod etika berpakaian termasuk dalam salah satu peraturan penerbangan syarikat mereka namun telah disalah tafsir oleh kakitangan.

Turut dikasari secara lisan daripada seorang lelaki dalam pesawat, Emily bertanyakan kepada semua penumpang sama ada beliau ada meyinggung sesiapa yang berada dalam pesawat, namun tiada seorang pun menjawab.

“Seorang lelaki menjerit dan memaki hamun saya namun kakitangan pesawat tidak memberikan apa-apa maklum balas. Mereka tidak beredar selagi saya tidak memakai jaket tersebut.”

Yang paling memalukan, situasi tersebut diumumkan kepada semua penumpang melalui sistem pembesar suara. Memutuskan untuk melakukan undian sama ada pakaiannya mencolok mata, 82% daripada responden menyatakan tidak.

Dari pihak pengurusan sendiri, Emily merasakan syarikat tersebut terlampau lambat dengan permohonan maaf mereka.

Dihalang Naik Pesawat Kerana Pakaian Tidak Senonoh

Mendakwa kakitangan mengalami masalah mengimplementasi polisi syarikat, Thomas Cook memberitahu bahawa kod etika berpakaian adalah wajib dipatuhi semua individu tanpa diskriminasi umur, jantina atau status.

Apa kata anda?

Sumber: Metro.co.uk

Sedap ke?

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.