Wanita Kurang ‘Common Sense’ Mandikan Anjing Dalam Bilik Salin Lampin Bayi R&R

Umum sedia maklum, bilik persalinan lampin bayi memang disediakan khas untuk digunakan oleh golongan ibu bagi menguruskan perihal kebersihan bayi mereka. Namun, ada sesetengah individu yang seakan tidak faham bahasa kegunaan bilik tersebut disediakan.

Tindakan seorang wanita memandikan anjingnya di Kawasan Hentian Rehat dan Rawat, Tapah yang dirakam secara Facebook live oleh seorang orang awam. Tidak mengendahkan teguran beberapa pekerja pencucian dengan alasan ‘anjingnya tidak kotor’ merupakan punca kepada tindakan wanita berkenaan dirakam.

Mandi Anjing Di R&R

Tidak mengendahkan sensitiviti masyarakat yang mana tandas awam digunakan oleh semua lapisan tidak mengira agama dan bangsa, tindakan wanita ini dilihat sangat tidak menunjukkan rasa hormat kepada penganut agama lain terutamanya Islam.

R&R Tapah.. Toilet wanita.. boleh nampak kat situ BILIK LAMPIN ‼️ Bukan rakam saja, dah tegur dah sound. Even cleaner tu pun dah halang dari awai. So stupid la.Kredit : Live Video Farah ShafizaSubscribe via Telegram | https://t.me/infopenangkini

Posted by Penang Kini on Sunday, February 10, 2019

Dalam Islam, anjing merupakan binatang yang haram dipegang ketika keduanya iaitu pemegang dan bulu anjing salah satu daripada mereka berada dalam keadaan basah. Jika terpegang, tindakan menyamak kepada tempat yang terkena adalah wajib.

PLUS yang sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut segera mengambil tindakan menyamak kawasan terlibat dengan serta merta supaya boleh digunakan tanpa menimbulkan keraguan kepada pelanggan.

PLUS turut menjelaskan bahawa R&R di sepanjang lebuh raya merupakan kawasan larangan haiwan peliharaan dan pengguna diminta mematuhi larangan terbabit sebagai tanda menghormati pelanggan lain yang menggunakannya.

Alhamdulillah syukur! respon dr Plus Malaysia td.. tanggungjawab sy sbg rakyat malaysia, muslim telah dilaksanakan. so…

Posted by Farah Shafiza on Sunday, February 10, 2019

Hidup dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa, menjadi kemestian setiap daripada kita supaya sentiasa menghormati serta memahami sensitiviti agama lain.

Tidak susah pun kan? Yang penting, perlu tahu apa itu common sense.

Sumber: Harian Metro

Lelehan keju itu seperti melelehnya air liurku.

Beb Stone Oven Pizza

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

Beb Stone Oven Pizza

Homemade pizza dengan roti lembut gebu, dibakar di depan mata. Ah, tengok sajalah video ini…

Posted by MakanLena on Thursday, January 17, 2019