Wanita Kurang Upaya Terima Nota Makian Hanya Kerana Parkir Kereta Di Kawasan OKU

Sumber: Southeast

Parkir orang kurang upaya disediakan bagi membantu memudahkan golongan ini yang mempunyai keterbatasan upaya. Namun tidak semua orang peka bahawa kawasan tersebut disediakan khas untuk golongan tersebut.

Ada manusia sempurna yang terlalu malas mencari parkir dan mementingkan diri sendiri telah menggunakan ruangan berkenaan.

Namun, tidak semua kekurangan upaya dapat dilihat dengan jelas sehingga boleh menimbulkan salah faham.

Ini yang berlaku pada seorang wanita yang menghidap penyakit arthritis (berkaitan sendi) menerima sekeping nota mengandungi kata-kata berunsurkan makian selepas memarkir kereta di kawasan tempat letak kereta OKU.

“You lazy slob.”

Beliau yang baru keluar dari pasar raya di Pulau Canvey, Essex bukan sahaja menghidap penyakit kesakitan pada sendi, tetapi turut mempunyai ulser di kawasan kaki dan penyakit kronik paru-paru tersumbat.

Sebagai pemegang Lencana Biru, beliau disahkan sebagai individu yang boleh bergerak dalam jarak yang terhad dan dibenarkan untuk memakir kenderaan berhampiran dengan destinasinya.

Parkir di Tempat Letak Kereta OKU

“Saya minta maaf jika anda seorang yang ringkas. Saya cuba berterus terang untuk anda – ini adalah kawasan parkir untuk orang kurang upaya dan bukan untuk si dungu yang tidak bertimbang rasa yang menggunakan lencana orang lain – ini semua kerana anda tidak kisah untuk parkir secara elok!!

Semoga hari anda baik-baik sahaja!”

Anak wanita berkenaan yang tidak puas hati dengan apa yang berlaku mengambil tindakan memuat turun nota berkenaan ke laman sosialnya walaupun tindakan tersebut tidak dipersetujui ibunya yang merasakan setiap manusia ada sebab untuk setiap tindakan mereka.

“Saya marah kerana digelar sebagai malas. Dengan muat naik nota tersebut, saya berharap ianya akan sampai kepada penulis nota dan membuatkannya berfikir dua kali selepas ini; bagaimana nota ini boleh memberi kesan kepada orang kurang upaya yang kekurangannya tidak dapat dilihat dengan jelas.

Ibu saya perlu menggunakan tongkat apabila berjalan. Ulser di kakinya memerlukan rawatan setiap hari. Dia juga mengalami beberapa masalah kesihatan yang lain sehingga perlu sentiasa berada dalam pemerhatian doktor dan bergantung pada ubatan.”

Sumber: Metro UK

Bawa geng mesti seronok.

MakanLena: Tadom Hills, Banting

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.