Wow! Dengan Tiket Serendah RM15, Anda Boleh Jelajah Kuala Lumpur Guna Bas ‘KL Hop-On Hop-Off’

Selain terkenal dengan bangunan pencakar langit, Kuala Lumpur juga popular dengan kekayaan tempat menarik yang melimputi elemen mewah, alam, riadah dan sebagainya.

Tahukah anda, dengan perkhidmatan bas KL Hop On Hop Off, anda tak perlu lagi tertekan menghadapi kesesakan jalan raya tetapi boleh melawati semua tempat menarik di Kuala Lumpur sepanjang hari dengan hanya pembelian satu tiket?

Laluan Perjalanan Bas Hop On Hop Off 2

Laluan Perjalanan Bas Hop On Hop Off 3

Beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 8 malam setiap hari, laluan perjalanan bas ini meliputi 26 perhentian yang merangkumi lebih 60 kawasan menarik. Antaranya, Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Petaling Street, Pasar Seni dan Taman Burung.

Berikut merupakan laluan perjalanan dan kawasan yang dilalui oleh Bas KL Hop On Hop Off:

Laluan Perjalanan Bas Hop On Hop Off

Menawarkan dua jenis tiket iaitu untuk tempoh 24 jam dan 48 jam, harga tiket boleh didapati bermula RM15 sahaja!

Tahukah anda, kami menyediakan 2 laluan untuk memberikan anda waktu yang lebih panjang ketika lawatan anda ke Kuala…

Posted by KL Hop-On Hop-Off City Tour on Saturday, September 14, 2019

Untuk penjimatan lebih, anda bukan sahaja boleh melakukan pembelian di kiosk-kiosk berdaftar seperti di Bukit Bintang (Perhentian 1), Pusat Pelancongan Malaysia (Perhentian 6) dan Kaunter Informasi Pelancongan Bukit Bintang, tetapi juga melalui perkhidmatan dalam talian yang dipercayai seperti di Klook, KKDay dan Hotels.com dengan harga promosi berganda.

Laluan Perjalanan Bas Hop On Hop Off 1
Sumber: KKDay

Jika anda ke Kuala Lumpur, adalah sangat merugikan jika tidak mencuba perkhidmatan ini. Selain dapat pengalaman menaiki bas dua tingkat yang bahagian atasnya terbuka, percutian anda menggunakan Bas KL Hop On Hop Off ini lebih hustle free dan mencabar.

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah layari laman web rasmi mereka DI SINI.

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!