10 Perasa Aiskrim Boleh Buat Orang Gembira Menurut Baskin-Robbins

Sumber: Avenue K Shopping Mall

Sempena bulan aiskrim sedunia, syarikat aiskrim terkenal dunia, Baskin-Robbins telah melakukan pendedahan 10 perasa aiskrim yang membuatkan orang ramai gembira.

BACA: Unik Tapi Menggiurkan, Menu Aiskrim Petai Buat Peminat Ulam Ini Teruja

Menerusi data yang diperoleh daripada ujian kaji selidik berkenaan:

  • 72% daripadanya setuju aiskrim berjaya membuatkan orang gembira
  • 60% daripadanya percaya orang gembira, bersemangat dan berinspirasi apabila menikmati aiskrim bersama rakan dan keluarga, dan
  • 63% daripadanya percaya ‘rehat aiskrim’ adalah masa untuk berseronok dan santai.
10 Perasa Aiskrim Boleh Buat Orang Gembira Menurut Baskin-Robbins 1
Sumber: Twitter Baskin Robbins ME

Berdasarkan ujian kaji selidik , ini senarai 10 perasa yang membuatkan orang gembira:

  1. Chocolate
  2. Jamoca® Coffee
  3. Very Berry Strawberry
  4. Rocky Road
  5. Vanilla
  6. Chocolate Chip Cookie Dough
  7. Mint Chocolate Chip
  8. Chocolate Chip
  9. Pralines ‘n Cream
  10. Rainbow Sherbet

Jadi kalau anda sedang rasa down, bolehlah ke Baskin-Robbins dan pilih antara perasa di atas.