Hotel Dengan Konsep Penjara Buat Pengunjung Rasa Macam Tahanan Sebenar

Sumber: Reader Digest/Booking.com/FMT

Hotel dengan konsep penjara ini pasti buat pengunjung rasa macam penjenayah sebenar.

Selain daripada mencari harga bajet tapi dengan keselesaan kemudahan, ada individu yang gemarkan mencari penginapan yang berbeza daripada lain supaya dapat merasai pengalaman unik semasa bercuti.

BACA: Lelaki Ini Kongsi 11 Tips Dan Trick Tempah Hotel Secara Dalam Talian

Contohnya pengalaman tidur dalam hotel seakan-akan penjara yang mana tidak semua orang berpeluang untuk tidur di penjara sebenar.

Kalau anda nak tahu, di Vietnam ada sebuah hotel yang berkonsepkan penjara dengan rekaan dalaman yang memang seakan-akan penjara sebenar iaitu Honey Houses.

Bukan setakat sediakan perabot seakan penjara tetapi juga perhiasan dalam juga terdiri daripada barangan yang digunakan oleh pihak polis seperti gari dengan harga +-RM52/malam.

Hotel Dengan Konsep Penjara Buat Pengunjung Rasa Macam Tahanan Sebenar 5

Hotel Dengan Konsep Penjara Buat Pengunjung Rasa Macam Tahanan Sebenar 6

Hotel Dengan Konsep Penjara Buat Pengunjung Rasa Macam Tahanan Sebenar 7

Kalau rasa hotel ini tak macam penjara sangat, anda boleh cuba hotel di Thailand pula. Yang ini kosnya lebih mahal sedikit berbanding hotel yang ada di Vietnam tadi, iaitu +-RM200/malam.

Sook Station yang terletak di Bangkok (15km dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi) akan buat anda rasa macam penjenayah.

Bukan setakat rekaan dalaman yang sebiji macam penjara, pengunjung juga akan diberikan pakaian belang hitam putih selain daripada gambar stail mugshot diambil sejurus selepas sampai ke hotel yang dah dikawal dengan kawat duri.

Hotel Dengan Konsep Penjara Buat Pengunjung Rasa Macam Tahanan Sebenar 1
Sumber: Booking.com

 

Hotel Dengan Konsep Penjara Buat Pengunjung Rasa Macam Tahanan Sebenar 2
Sumber: Booking.com

 

Hotel Dengan Konsep Penjara Buat Pengunjung Rasa Macam Tahanan Sebenar
Sumber: Booking.com

 

Hotel Dengan Konsep Penjara Buat Pengunjung Rasa Macam Tahanan Sebenar 3
Sumber: The Smart Local

 

Hotel Dengan Konsep Penjara Buat Pengunjung Rasa Macam Tahanan Sebenar 4
Sumber: The Smart Local

Untuk yang travel bersama keluarga, jangan risau ada juga disediakan bilik untuk penginapan keluarga. Jadi bolehlah anda merasa jadi keluarga ‘penjenayah’ di sini.