11 Perkara Menarik Di Bandar Misteri Hampi, India

Hampi, India
Sumber: Travel Triangle

Hampi sebuah bandar kecil yang terletak di Karnataka, India merupakan destinasi yang unik buat pengunjung yang gemar mengembara secara backpacker, penggemar sejarah dan geologi. Hampi ada kesemua yang anda mahukan, kecuali resort kerana bandar ini tidak ada satu pun tempat penginapan jenis ini!

Anda boleh menaiki kereta api dari Goa ke Hospet dan daripada situ anda boleh menyewa tuk tuk untuk ke Hampi. Bandar yang diiktiraf UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia ini bukan sahaja terkenal dengan kuil dan kesan runtuhan tetapi juga pemandangannya yang memukau!

Ada 11 perkara menarik yang anda boleh lakukan semasa berada di Hampi, India:

1. Melawat kuil dan kawasan Hampi yang mengalami keruntuhan

Setiap monumen di Hampi ini mempunyai cerita yang tersendiri. Kawasan ini banyak diceritakan sebagai latar tempat dalam hikayat agung India seperti Hikayat Ramayana.

Hampi, India

2. Mendaki Giant Boulder atau Bongkah Batu Gergasi

Anda boleh lihat banyak bongkah gergasi yang disusun secara semula jadi dalam pelbagai bentuk. Anda boleh lihat gaya seni bina masyarakat purba Bandar Vijayanagara yang pelbagai melalui ukiran oleh arkitek zaman tersebut.

Hampi, India

3. Merasa tinggal dalam pondok Pulau Hippie yang berada di seberang sungai

Penginapan jenis ini kebiasaannya dipilih oleh para pengembara backpackers kerana kesederhanaan yang ditawarkan sangat berbeza berbanding kawasan penginapan di bandar utama Hampi.

Hampi, India

4. Mendaki Bukit Matanga untuk menikmati pemandangan di Hampi

Bukit yang berada di tengah-tengah Hampi ini merupakan tempat yang paling tinggi di Hampi. Dari atas bukit ini, anda boleh melihat keseluruhan bandar Hampi dengan pemandangan matahari terbit dan terbenam yang sangat memukau!

Hampi, India

5. Melawat Bukit Anjaneya yang merupakan tempat kelahiran Raja Hanuman (Kuil Monyet)

Sudah namanya Kuil Monyet, pastilah kawasan ini dipenuhi dengan monyet. Sekiranya mahu ke sini, anda perlu meyimpan barang-barang terutamanya makanan dalam poket atau pun beg supaya tidak dikejar oleh mereka!

Hampi, India

6. Bersama menyertai sesi jamming di pusat matahari terbenam Pulau Hippie

Cuba bayangkan, anda menghayati pemandangan matahari terbenam sambil diiringi dengan alunan muzik instrumental oleh pemuzik jalanan di pulau ini. Menarik bukan?

7. Melompat dari tebing Hampi – untuk berenang bersama buaya

BAHAYA! Sebelum melakukan aktiviti ini, pastikan anda bertanya dahulu kepada penduduk tempatan. Terdapat papan tanda yang menyatakan ada buaya di sungai berkenaan, namun penduduk tempatan memberitahu bahawa sepanjang mereka tinggal di sana tidak pernah kelihatan walau seekor pun buaya di kawasan berkenaan.

Hampi, India

8. Meronda sekitar Hampi dan melihat kawasan sawah padi dengan menaiki motosikal

Perkhidmatan motosikal sewa ada disediakan untuk anda meronda di kawasan sekitar Hampi untuk anda melawat tempat-tempat yang tidak tercapai dengan hanya berjalan kaki!

9. Menaiki feri menyusuri Sungai Tungabhadra atau Sungai Merah

Sungai Merah yang merupakan laluan sama untuk ke Pulau Hippi daripada Hampi yang hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Setiap batu yang kelihatan di dalam sungai ini mempunyai ukiran patung batu di atasnya! Menarik bukan?

Hampi, India

10. Kafe yang  comel!

Anda tidak akan bosan apabila mengunjungi kafe-kafe yang berada di bandar ini kerana susun atur rekaan dalamannya sangat unik. Kebanyakan pelancong tidak pernah mengunjungi kafe yang sama!

Hampi, India

Hampi, India
Sumber: Exciting India

11. Beramah mesra dengan penduduk tempatan yang manis

Anda boleh bertanya dan meminta bantuan daripada penduduk tempatan yang pastinya akan membantu kerana kebanyakan daripada mereka boleh berbahasa Inggeris dan sangat mesra.

Paparan video di bawah menunjukkan keindahan Bandar Hampi yang penuh misteri:

Maklumat lanjut, anda boleh lawat laman web Drifter Planet

Sumber: Wikipedia