5 Resipi Kreatif Dengan Kulit Popia

resipi popia

Selalu pergi pasar apabila mahu membeli kuih popia, yang biasa dijual ialah popia basah dan popia sira. Kulit popia banyak kegunaannya, bukan hanya membuat dua jenis popia itu sahaja, malah pelbagai lagi olahan boleh dibuat dengan kulit popia.

Pada asalnya, popia ialah sejenis kuih yang berinti sayur-sayuran dan bersalut dengan tepung nipis. Sekali-sekala kita tukar selera dengan mengolah resipi biasa popia kepada beberapa idea kreatif untuk dinikmati pada waktu minum petang.

1. Popia Pisang Coklat

resipi popia
Sumber: Kravve

Bahan-bahan:

1 bungkus kulit popia (saiz kecil)
Pisang
Coklat (apa-apa jenis boleh, nutella pun boleh)

Cara memasak:

Potong pisang dan coklat mengikut saiz untuk digulung dengan kulit popia.
Buat dua lapisan kulit popia, letakkan pisang dan coklat dan gulung popia.
Panaskan kuali dan goreng popia pisang coklat rangup kuning keemasan.

2. Popia Cabonara Berkeju

popia kreatif
Sumber: Rasa

Bahan-bahan:

Sos carbonara
Mozarela
Sosej
Isi ayam*
Lobak merah*
Lada benggala*
Bawang holland*

* Semuanya dipotong dadu

Cara memasak:

Tumis semua bahan sehingga naik bau, kemudian masukkan sos carbonara dan perasakan dengan garam, gula, serbuk lada hitam.
Letakkan inti bahan tadi di atas kulit popia dan taburkan mozarela kemudian bungkus popia seperti biasa.
Goreng popia sehingga kuning keemasan.

3. Popia Ayam Cendawan Berkeju

resipi popia
Sumber: Adnan-daughter

Bahan A:

1 labu bawang holland dipotong cincang
5 ulas bawang putih
Serbuk lada hitam
1 batang lobak merah dipotong dadu

Bahan B:

Kulit popia
Ayam cincang
Sosej ayam
1 bungkus keju (6 keping)
1 tin cendawan
1 tin champbells cream (cendawan atau ayam)
1 kiub ayam dan garam secukup rasa

Cara memasak:

Tumis bahan A sehingga naik bau, kemudian masukkan lobak merak diikuti sosej dan isi ayam dicincang.
Perasakan dengan kiub pati ayam dan garam. Kemudian, masukkan cendawan dan champbells cream. Akhir sekali, masukkan keju dan kacau sebati.
Bungkus popia seperti biasa dan goreng sehingga keperangan.

4. Martabak Mini

resipi popia
Sumber: Siraplimau

Bahan-bahan:

Isi ayam/ daging dicincang
Kentang dipotong dadu
Rempah kari
Bawang putih dihiris
Bawang besar dihiris
Hirisan daun sup
Sedikit garam dan gula

Cara memasak:

Panaskan kuali. Tuangkan sedikit minyak masak, masukkan bawang yang dihiris.
Masukkan rempah kari dan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam/ daging dan kentang. Masukkan air separas bahan0bahan yang dimasak (jangan lebih nanti inti lembik).
Masak sehingga air hampir kering, kemudian perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga betul-betul kering.

Pecahkan telur, pukul dan masukkan sedikit garam, Masukkan bahan-bahan inti yang dimasak tadi. Masukkkan daun sup dan bawang kacau hingga hingga sebati.
Balut kulit popia dengan bahan inti tadi seperti martabak.
Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak kemudian masak martabak mini sehingga masak.

5. Popia Salted Egg

resipi popia
Sumber: Niejamuhaimi

Bahan-bahan:

Kulit popia
Serbuk salted egg
Daun kari

Cara memasak:

Bentukkan popia ikut citarasa sendiri sama ada gunting petak, buat bentuk reben atau gulung. Keringkan kulit popia sebentar untuk kesan yang lebih rangup.
Masak kulit popia sehingga keperangan.
Masukkan serbuk salteg egg dan daun kari yang sudah dimasak, gaul bersama kulit popia tadi.

Selamat mencuba!