Resipi Mudah Spageti Aglio Olio Udang Hanya Dengan 5 Langkah Sahaja

Sumber: Foodie Baker

Sekali sekala apa salahnya ubah selera dengan masakan Itali. Ramai orang lebih gemar memesan spageti di kedai daripada memasaknya sendiri di rumah kerana bahan-bahan yang diperlukan sedikit leceh.

Tapi, kami sediakan kepada anda resipi mudah Aglio Olio yang mudah dan pastinya sedap macam di Itali. Tetapi sudah pastinya dengan sentuhan rasa keMelayuan sikit!

Bahan-bahan:

*Spageti – rebus sehingga masak
*Udang (boleh pelbagaikan ikut citarasa)
*Ceri tomato (guna tomato besar pun boleh)
*Daun pasli Italian (kalau yang sudah dikeringkan pun boleh)
*1 labu bawang putih (boleh kurangkan atau lebihkan kuantiti)
*4 atau 5 batang cili kering (potong kecil)
*Keju parmesan
*Minyak zaitun
*Cili kering kisar/ chili flake
*Garam (boleh gantikan dengan stok ayam)

Cara masak:

1. Tuang sedikit minyak zaitun ke dalam kuali dan tumis bawang putih yang sudah dicincang halus.

2. Kemudian masukkan cili kering kisar dan masukkan kepala udang untuk rasa yang lebih sedap.

3. Selepas terlihat garing, masukkan spageti yang sudah direbus. Jika terlihat kering, masukkan sedikit air.

4. Masukkan udang, ceri tomato dan daun pasli serta tambah serbuk cili kering kisar jika kurang pedas.

5.Gaul rata sebelum tambah garam serta keju parmesan dengan kuantiti agak-agak sebelum dihidangkan dalam pinggan.

Spageti Aglio Olio Udang
Sumber: Flickr

Nota: Boleh tambahkan sosej atau apa-apa lagi bahan lauk lain yang anda mahukan. Sama ada semasa di langkah 4 atau 2.

Mudah bukan? Selepas ini bolehlah cuba dan makanlah spageti sepuas yang anda mahukan!

Sumber: Saji

Tinggi-tinggi nak pergi mana?

7 Antara Bangunan Tertinggi Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Antara Bangunan Tertinggi Di Dunia

Tinggi-tinggi pun nak buat apa?

Posted by MakanLena on Sunday, February 17, 2019