6 Tempat Berbaloi Untuk Dilawati Jika Ke Cameron Highlands

Tempat Berbaloi Cameron Highlands

Tanah Tinggi Cameron Highlands memang sudah terkenal sebagai destinasi peranginan yang popular di Malaysia dalam kalangan pelancong sama ada luar mahupun dalam negara.

Sebut sahaja mengenai Cameron Highlands, pasti yang terbayang dalam fikiran kita ialah hamparan ladang teh yang luas, lokasi yang mudah untuk mencari buah strawberi dan boleh feeling berada di luar negara kerana cuaca sejuknya.

Sebenarnya, ada lebih 30 tarikan di sekitar Cameron Highlands dan semuanya sangat menarik untuk dilawati. Jika anda mahu percutian bajet dan berbaloi, ini senarai kawasan yang berbaloi untuk anda pergi walaupun dalam masa terhad.

1. Ladang Teh Boh

Tempat Berbaloi Cameron Highlands
Sumber: Youtube

Ada dua lokasi ladang teh boh di sana iaitu di Sungai Palas dan Ringlet. Kedua-duanya menawarkan aktiviti yang sama iaitu lawatan ke kilang teh. Antara kedua-dua ladang teh ini ini disarankan ke Sungai Palas kerana di situ pemandangannya lebih cantik.

Waktu lawatan: Buka setiap hari (kecuali Isnin)
Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Harga tiket: Percuma

2. Kebun Strawberi

Tempat Berbaloi Cameron Highlands
Sumber: Farhana Jafri

Terdapat banyak lokasi kebun strawberi di sekitar Cameron Highlands. Antara yang popular ialah Big Red Strawberry Farm, YZ Agro Farm & Cafe dan KHM Strawberries. Semuanya ada kelebihan sendiri seperti di Big Red Strawberry merupakan ladang strawberi paling besar di sana.

Tapi jika anda mahu perjalanan yang menyenangkan, disarankan untuk ke YZ Agro Farm & Cafe kerana scone dan ais krim di sini sangat sedap selain harga buah strawberi yang murah dijual.

Alamat: Cameron Highlands No.22, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Waktu Operasi: 8.30 pagi hingga 6 petang
Harga tiket: Percuma

3. Cameron Lavender Garden

Tempat Berbaloi Cameron Highlands
Sumber: LokaLocal

Ini pun salah satu lokasi wajib untuk berkunjung ke Cameron Highlands jika anda sejenis yang suka bergambar. Selain berpeluang melihat bunga lavender sambil bergambar, juga dapat menikmai pencuci mulut di sana dan biasanya yang terkenal ialah aiskrim perisa lavender.

Alamat:Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100, Brinchang.
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang (Setiap hari)
Harga tiket: Dewasa RM10, Kanak-kanak RM7

4. Fragrance Nursery

Tempat Berbaloi Cameron Highlands
Sumber: Zine

Untuk pencinta bunga, Fragrance Nursery antara lokasi yang terbaik untuk melihat pelbagai jenis tumbuhna flora. Antara bunga yang dipamerkan di sini ialah lavender, rosemary, orkid, mawar, kekwa dan pelbagai jenis lagi.

Alamat: Batu 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands.
Waktu operasi: 8 pagi hingga 6 petang (Setiap hari)
Harga tiket: Percuma

5. Pasar Malam Cameron Highlands

Tempat Berbaloi Cameron Highlands

Jika sebelum ini pasar malam Cameron Highlands terletak di Pekan Brinchang, lokasinya telah beralih ke Sungai Ruil yang tidak jauh dari Cameron Golden Hills Resort.

Anda disarankan untuk datang awal jika mahu ke pasar malam di sini kerana ia merupakan ‘lokasi panas’ jika ke Cameron Highlands. Anda dapat menemui pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar di samping mencuba makanan pasar malam.

Jika di sebelah pagi pula, boleh berkunjung ke pasar Kea Farm untuk membeli hasil tanaman popular seperti jagung, strawberi dan cili benggala. Boleh membeli cenderamata seperti fridge magnet, keychain dan t-shirt.

6. Menara tinjau

Tempat Berbaloi Cameron Highlands
Sumber: JomJalan

Selain melawat ladang dan tanaman kebun di sekitar Cameron Highlands, bagi anda yang tidak jemu dengan pemandangan memukau di sana, boleh ke menara tinjau di Mossy Forest.

Sudah alang-alang ke Mossy Forest, bolehlah mendaki ke puncak Gunung Brinchang. Jangan lupa pakai pakaian tebal untuk ke sana kerana cuacanya agak dingin.

Jadi, kami sudah memudahkan kawasan peranginan yang berbaloi untuk anda kunjungi. Untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, sebolehnya pergi bukan pada musim cuti sekolah.

 

Jom saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!