KFC Perkenal Hidangan Ayam Bebas Daging

KFC Ayam Bebas Daging
Sumber: Reuters

Anda pernah melalui perasaan apabila makan sesuatu makanan itu seakan sama rasanya dengan makanan yang biasa dimakan? Inilah yang cuba diuji KFC yang mana mereka ingin memperkenalkan hidangan seakan sama rupa dan rasa seperti daging ayam tetapi bukan dari sumber tersebut.

Namun, hidangan ini tidak dibuat di seluruh cawangan KFC seluruh dunia tetapi diperkenalkan hanya di salah satu restoran di Georgia, AS selama sehari sahaja. Menu yang diperkenalkan KFC itu digelar Beyond Fried Chicken dengan kesemua menu dibawah produk itu seperti nuget dan kepak tanpa tulang dihasilkan daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

“Saya rasa kita semua sudah mendengar ‘ia rasa seperti ayam’, jadi pelanggan akan kagum dan berkata, ‘ia rasa seperti Kentucky Fried Chicken!’”, kata Presiden dan Ketua Pegawai Konsep bagi KFC AS, Kevin Hochman, dalam kenyataan.

KFC Ayam Bebas Daging
Sumber: VOX

Inisiatif ini tercetus apabila Burger King’s pada awal tahun ini telah memperkenalkan Impossible Whopper, hamburger daging versi tanpa daging yang dibangunkan bersama-sama Impossible Foods.

Jika hidangan ayam bebas daging yang diperkenalkan di restoran itu mendapat sambutan menggalakkan, mereka akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan hidangan itu di seluruh negara pula.

Sumber: Berita Harian

 

Jom saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!