Disney Beri Pengunjung Peluang Rasai Kuasa Adiwira Marvel Di ‘Avengers Campus’

Semalam, Disney mendedahkan bahawa mereka akan membuka sebuah taman tema yang dikenali sebagai Avengers Campus atau Kampus Avengers yang akan membolehkan pengunjung menikmati pengalaman ‘bertugas’ seperti adiwira kesayangan mereka.

Bahagian Marvel Cinematic Universe (MCU) yang dilaporkan akan ditambah ke dalam Walt Disney World akan mempamerkan adiwira-adiwira MCU seperti Spider-Man, Ant-Man, Iron-Man dan sebagainya.

Avenger Campus Disneyland

Kampus dengan tema Avengers ini berlokasi di Disney California Adventure, Walt Disney Studios Park dan Disneyland Paris pada tahun 2020, manakala di Hong Kong Disneyland pula menjelang 2023.

Walaupun terdapatnya isu mengenai Spider-Man yang dikatakan akan keluar daripada MCU selepas tiada persepakatan antara Sony dengan Disney, watak Spider-Man dan Peter Parker tetap akan dimainkan namun dalam dua watak yang berbeza.

Avenger Campus Disneyland 1

Pengunjung dapat merasai Spider-ride yang dikhabarkan seperti di bawah, dan berpeluang menikmati hidangan daripada restoran Pym Particle yang terkenal dengan penghasilan makanan daripada partikel sub atomik yang mampu mengubah ukuran saiz sesuatu benda.

Ini juga seolah-olah mengesahkan bahawa cerita yang disenaraikan untuk taman tema ini tidak berkait dengan filem MCU kerana watak-watak lain seperti Black Widow, Loki, Groot, Gamora, Doctor Strange juga akan berada di Disneyland California Adventureland yang baharu.Avenger Campus Disneyland 2

Bukan sahaja itu, pengunjung turut bakal menyaksikan Quinn Jet dan merasai sendiri pengalaman terbang ke Wakanda yang merupakan lokasi asal Black Panther.

Avenger Campus Disneyland 3

Disney turut mengumumkan bahawa akan membuka hotel bertemakan Marvel di Disneyland Paris pada musim panas akan datang.

Pastinya para peminat dan pengikut siri ini yang tidak mahu ketinggalan untuk merasai sendiri pengalaman mempunyai kuasa seperti adiwira kebanggaan mereka tidak sabar mahu datang mengunjungi Avengers Campus ini, kan?

Sumber: Collider, Astro Awani

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!