7 Tempat Menarik Wajib Singgah: Taiping, Perak

Sebelum ini kalau ke Taiping, mesti pening fikir, “ada ke tempat menarik yang boleh lawat dan Insta-worthy?”. Jangan risau, anda bukanlah orang pertama yang berfikir sebegini. Sebenarnya banyak sahaja tempat menarik untuk anda lawat apabila ke Taiping.

BACA: 7 Tempat Makan Wajib Singgah: Taiping, Perak

Nak tahu lebih lanjut? Jom baca tujuh senarai tempat menarik bandar Taiping yang tersenarai sebagai kawasan pelancongan eko terbaik dunia di bawah ini.

1. Matang Mangrove Forest Reserve

Dengan keluasan lebih 40,000 hektar, Matang Mangrove Forest Reserve telah digazetkan sebagai hutan simpan sejak 1906 dan merupakan yang tertua di Malaysia. Diiktiraf sebagai kawasan hutan paya bakau yang diberikan penjagaan baik di dunia, Matang Mangrove Forest Reserve ini menyajikan sebuah persekitaran alam semula jadi yang cukup indah dan kaya dengan habitat flora fauna seperti udang, ketam, udang karam dan pelbagai jenis ikan.

Terletak di Kuala Sepetang, bolehlah anda singgah di Kedai Mee Banjir Udang Mak Teh selepas penat berjungle trekking.

Tempat Menarik Taiping

Waze: Matang Mangrove Forest Reserve

2. Kuala Sepetang

Juga dikenali sebagai Port Weld, Kuala Sepetang penuh dengan kawasan kedai makan yang menyediakan hidangan enak-enak belaka. Selain daripada melihat panorama matahari terbenam, anda juga boleh merasai pengalaman memancing di atas bot, melawat kilang proses arang secara tradisional serta kelip-kelip di perairan sungai ini. Lepas makan mi udang dan lawat hutan paya bakau, bolehlah ke sini tengok matahari pula.

Tempat Menarik Taiping

Waze: Kuala Sepetang

3. Bukit Merah Laketown Resort

Resort yang dikelilingi alam dan berhadapan dengan air tasik terbesar Malaysia ini memang rugi kalau tak datang bermalam jika sudah ke sini. Bukan hanya tersedia sebagai kawasan penginapan, malah resort ini turut menempatkan Ecopark, taman tema air dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan yang boleh dikunjungi bersama seisi keluarga.

Banyak sebenarnya aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini, antaranya Skycycle, nature Trail, Tropical Trail, Reptile Park, Lazy River dan Jumbo Shower.

Tempat Menarik Taiping

Waze: Bukit Merah laketown Resort

4. Air Terjun Pecah Batu

Mungkin sedikit jauh ke dalam dari pusat bandar, tapi pastinya berbaloi dengan perjalanan yang akan anda tempuh. Keluasan air terjun yang luas dan dikelilingi flora cukup membuatkan anda terasa tenang. Tambah lagi dengan udaranya yang segar memang boleh kosongkan fikiran anda daripada apa-apa masalah.

Namun hati-hati, sebelum ke sini pastikan anda lihat dulu ramalan kaji cuaca bagi mengelakkan fenomena kepala air yang tak diingini.

Tempat Menarik Taiping

Waze: Sg. Air Terjun Trong, Perak

5. ATV Adventure Park Larut

Jenis yang sukakan aktiviti mencabar, bolehlah cuba datang ke ATV Adventure Park Larut ini. Meredah hutan dan kawasan air terjun dengan kawalan pelatih berpengalaman, jangan risaulah dengan risiko tersesat dalam hutan. Dibuka setiap hari kecuali Selasa pada jam 9 pagi hingga 6 petang, anda boleh rasai perbezaan cabaran di setiap jalan yang dilalui.

Tempat Menarik Taiping

Waze: ATV Adventure Park Larut

6. Old House Museum

Old House Museum merupakan sebuah rumah kedai lama yang dibina sekitar 1880-an oleh seorang ahli perniagaan China, Lim Zi You. Terletak berhadapan dengan Market Square Taiping, rumah kedai ini sebenarnya panjang ke belakang, berbeza dengan imej yang dilihat dari luar. Lengkap dengan taman dalaman, bangunan tiga tingkat ini dipenuhi dengan pelbagai barangan antik yang juga boleh dibeli.

Tempat Menarik Taiping

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00am – 6.00pm), Sabtu & Ahad (9.30am – 6.00pm)

Bayaran: Dewasa RM5, Kanak-kanak RM3, Bawah 6 tahun percuma

Waze: Market Square, Taiping

7. 5D Art Paradise Taiping

Biasa anda dengar 3D sahaja kan? Tapi di Taiping anda boleh rasai pengalaman 5D yang pastinya akan membuatkan anda keliru sama ada illusi atau realiti lukisan seninya. Boleh berposing dengan pelbagai prop dan lukisan, pastinya boleh menjadikan ruangan Instagram anda dicemburui rakan!

Beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7.30 malam, bayaran di sini adalah mengikut ketinggian. 131cm ke atas: RM25, 91-130cm: RM20.

Tempat Menarik Taiping

Waze: 5D Art Paradise Taiping

Selepas ini, jangan kata lagi pishang sungguh bila ke Taiping. Senarai tujuh di atas ini masih tak mampu hilangkan pishang anda ke?

Sumber: Mai Singgah

Mau pengsan naik ni.

7 Roller Coaster Paling Menakutkan Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Roller Coaster Paling Menakutkan Di Dunia

Mintak nyawa… mintak nyawa..!

Posted by MakanLena on Tuesday, February 26, 2019