7 Tempat Makan Wajib Singgah: Taiping, Perak

Sumber: Saji

Pergi Taiping tapi risau tak ada tempat makan best-best dan viral? Jangan gelabah dulu, kami sediakan tujuh senarai tempat makan wajib singgah kalau anda ke Taiping, Perak.

1. Ansari Famous Cendol

Terletak di Jalan Barrack, cendol ini sudah diusahakan selama tiga generasi. Bukan sekadar menjual cendol yang boleh dipilih campuran isinya, malah pasembor di sini pun sedap-sedap belaka. Pilih sahaja mahu inti yang mana, kacang merah, pulut, durian, jagung atau nak campur semua sekali dalam semangkuk cendol pun boleh. Apa ada hal.

Tempat Makan Taiping

Tempat Makan Taiping

Instagram: Ansari Famous Cendol

Facebook: Ansari Famous Cendol

2. Locs & Thyme

Terletak di 12, Jalan Lim Teong Chye, kafe comel ini terkenal dengan hidangan nasi lemak dan nasi mentega yang dihidangkan bersama ayam panggang. Sering menyediakan menu unik yang menjadi pilihan antarabangsa dan tempatan, anda juga boleh merasai pelbagai hidangan luar negara yang jarang didengari tetapi sedap di sini.

Dibuka setiap hari kecuali Isnin pada jam 9 pagi hingga 6 petang, kafe ini memang boleh hilangkan mengidam anda.

Facebook: Locs & Thyme

3. Mee Banjir Udang Mak Teh

Sudah sekian lama bertapak di Kuala Sepetang, kedai ini terkenal dengan kesedapan dan kesegaran rasa kuahnya. Rahsia tetap sedap dengan rasa udang walaupun kuahnya tidak pekat? Cuma gunakan udang segar dalam setiap hidangan. Boleh pilih saiz mangkuk hidangan, kalau sekali dah makan memang akan teringat-ingat.

Kalau di Sepetang, tiada siapa yang boleh lawan mi udang Mak Teh ini. Nak tengok betul ke tidak, buat carian di Instagram Mee Banjir Udang MakTeh dan lihat sendiri maklum balas netizen.

Tempat Makan Taiping
Sumber: Instagram @miroshii

Facebook: Mee Banjir Udang MakTeh

4. Mee Ketam Kg. Dew

Sebelum nak tengok kunang-kunang di Kampung Dew, penuhkan dahulu perut anda di Mee Ketam Kg. Dew. Menjadi identiti dan tarikan di Kg. Dew, mi ketam ini sangat istimewa kerana menggunakan ketam segar sebagai bahan perasa kuah. Peminat ketam, jangan lepaskan peluang singgah dahulu sebelum lajak ke kawasan kunang-kunang.

Tempat Makan Taiping

Facebook: Cik Jan Mee Ketam Kelip-Kelip Kg. Dew

5. Nafi’s Kitchen

Berada di Dataran Warisan, Nafis Kitchen ini seperti kedai mamak gred A. Berbeza menu hidangan pada waktu siang dan malam, jika anda datang ke Taiping secara berkumpulan memang patutlah singgah makan di sini. Hidangan set yang sangat berpatutan harganya menyebabkan gerai ini sentiasa tidak putus-putus dikunjungi pelanggan. Turut menerima tempahan, anda boleh sahaja buat pesanan terlebih dahulu sebelum sampai ke kedai.

View this post on Instagram

#pastalove#simple#yummy😋😋#kannurgram

A post shared by Nafi's Kitchen (@nafiskitchen) on

Instagram: Nafi’s Kitchen

6. The Train

Sekiranya anda datang dengan menaiki ETS, cari sahaja bangunan stesen kereta api lama. Terletak di premis Nombor 1, The Train ini menyediakan makanan istimewa kepak ayam yang diperap ala-ala Thai dan Jepun ini milik dramatis popular 80-an, Hilal Azman. Kalau mak anda peminat beliau, singgahlah ke sini. Mana tahu ada rezeki nak bertemu beliau.

Dengan suasana ala-ala hipster, sambil-sambil makan anda akan dengar kebingitan hon kereta api di sini.

Instagram: The Train

7. Roti Bakar Arang Fadzil House

Ramai orang kata, kalau lalu Pokok Assam, rugilah kalau tidak cuba roti bakar ‘seksi’ lengkap dengan telur separuh masak dan kacang panggang sebagai pelengkap hidangan sarapan anda. Boleh mengubah mood crancky pagi anda kepada lebih seksi sepeti goyangan telur kuning di atas roti bakar, rasanya kalau tidak ditahan memang boleh order lagi sepinggan.

Instagram: rotibakararang_fadzil

Facebook: Roti Bakar Arang Fadzil House

Tempat Makan Taiping

Selepas ini, kalau ke Taiping singgahlah ke tujuh tempat di atas ini. Semuanya memang recommended oleh netizen. Kalau anda ada tempat makan best yang nak disarankan, bolehlah hubungi kami di MakanLena. Sama-sama kita kongsi.

Kejor yeob, kejor.

Sumber: Astro Awani

Siapa yang tak nak kongsi burger besar macam ini memang gelojoh orangnya.

7 Burger Besar Yang Wajib Dikongsi

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Burger Besar Yang Wajib Dikongsi

Jangan haraplah kau nak makan seorang burger-burger ni. Kongsilah…

Posted by MakanLena on Tuesday, February 26, 2019