Kementerian Pelancongan Anjur Pertandingan Cipta Logo #VisitMalaysia2020

logo Visit Malaysia 2020

Masih ingatkah lagi logo rasmi ‘Visit Malaysia 2020’ pada awal tahun 2018 yang mana mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Ramai tidak menyangka logo yang dipertahankan bekas Menteri Pelancongan, Nazri Aziz merupakan logo rasmi, malahan menyifatkan ia tidak setanding dengan usaha promosi pelancongan yang diketengahkan negara lain.

logo Visit Malaysia 2020

Atas permintaan daripada rakyat Malaysia sendiri selain memerlukan penghasilan logo baharu mengikut arus semasa, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengadakan pertandingan mencipta logo kempen Visit Malaysia Year 2020 sebagai penjenamaan semula bermula 11 Mac 2019 selama 14 hari.

Penyertaan ini terbuka kepada semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan. Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 beserta sijil serta RM250 masing-masing bagi lima pemenang sagu hati.

Setiap penyertaan perlu mempunyai reka bentuk logo dan rasional yang menonjolkan kepelbagaian produk ekopelancongan yang menarik di Malaysia. Rekaan logo perlu menggunakan perkataan bahasa Inggeris kerana melibatkan sasaran antarabangsa manakala rasional logo hendaklah dikemukakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Borang pertandingan akan disediakan dalam masa terdekat menerusi laman rasmi tourism malaysia dan MOTAC.

Ini antara rekaan logo pada ketika itu daripada netizen. Memang kreatif rakyat Malaysia!

logo Visit Malaysia 2020

logo Visit Malaysia 2020

Janga lepaskan peluang tonjolkan kreativiti anda menghasilkan logo #VisitMalaysia2020 ini!

Sumber: Sinar Harian

 

Pergi Bali nak menginap hotel mana? Tonton

7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali

Artis kita kan sikit-sikit suka ke Bali. Mari tengok sikit hotel mana yang best.

Posted by MakanLena on Wednesday, January 30, 2019