Al-Meroz, Hotel Pertama Tawar Perkhidmatan Halal Di Thailand

Jika anda melancong ke Thailand, jangan lupa untuk rasai pengalaman menginap di hotel halal pertama di sana. Terletak di timur Bangkok, Al Meroz yang memiliki 242 buah bilik ini sudah diiktiraf sebagai ‘Penyedia Layanan Mesra Muslim’ oleh Pusat Halal Teluk Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Hotel Halal Thailand

Hotel yang dimiliki oleh Thai-Muslim TS Family Group, menyasarkan pengunjung beragama Islam dari seluruh dunia termasuklah negara dari Eropah Timur dan Scandinavia seperti Serbia, Jerman dan Perancis.

Hotel Halal Thailand 6

Bukan hanya menawarkan kemudahan seperti restoran 100% halal, tetapi Al-Meroz turut menyediakan bilik solat berasingan untuk lelaki dan wanita, kolam renang yang beroperasi dalam waktu berbeza untuk lelaki dan wanita serta aras khas untuk golongan wanita.

Hotel Halal Thailand 7

Di dalam ruangan bilik pula, sudah tersedia penunjuk arah kiblat, sejadah dan Al-Quran untuk digunakan oleh pengunjung dengan harga single room serendah RM359.49 (sebelum promosi RM898.73).

Hotel Halal Thailand 5

Dengan harga tersebut, anda akan dapat menikmati perkhidmatan shuttle percuma ke kompleks beli belah, penggunaan kolam renang dan banyak lagi. Turut menawarkan pakej perkahwinan, Al-Meroz menyediakan empat jenis bilik termasuklah bilik bersambung untuk tempahan ramai seperti keluarga.

Hotel Halal Thailand 3

Sangat mudah didapati dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, hotel ini terletak berhampiran dengan The Foundation of Islamic Centre Thailand bukan hanya menerima kunjungan daripada golongan Muslim tetapi juga bukan Muslim.

Antara anugerah yang pernah mereka terima ialah:

Hotel Halal Thailand 1

Jadi sekiranya anda mahukan pengalaman berbeza di Thailand dan tidak mahu bersusah payah mencari makanan halal, bolehlah singgah diĀ  Hotel Al-Meroz.

Hotel Halal Thailand 2

Lokasi: 4,Soi Ramkhamhaeng Road 5, Ramkhamhaeng Road , Suan Luang , Bangkok 10250 , Thailand.

Alamat emel: [email protected].com

Laman web: Al-Meroz Hotel

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu.

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.