Bahaya ‘Trend’ Tayang ‘Boarding Pass’ Di Media Sosial

Sumber: Iisdenino

Sebelum menaiki pesawat, perbuatan muat turun gambar boarding pass ke laman media sosial seakan sudah menjadi satu trend wajib kepada semua traveler.

Tanpa berfikir panjang, ada antara individu ini dengan yakinnya menunjukkan kesemua datanya yang dicetak dalam boarding pass tersebut.

Walaupun perbuatan ini kelihatan biasa sahaja, tahukah anda bahawa perbuatan anda ini sangat membahayakan?

Barkod pada boarding pass anda mengandungi data tambahan yang berisiko digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Dengan menggunakan nombor tempahan yang sama, maklumat seperti nombor telefon dan alamat rumah boleh dicuri sekelip mata.

Boarding Pass
Sumber: Medium

Penukaran tempat duduk, pembatalan penerbangan, penukaran nombor PIN dan maklumat perjalanan juga boleh dinyahkod data menerusi satu laman web online dengan beberapa cara mudah; nama dan barkod yang tercatit pada boarding pass.

Tidak terhenti di situ, maklumat lain seperti nombor telefon kenalan dan individu yang membantu melakukan tempahan turut sama dalam bahaya selain daripada data penerbangan anda pada masa akan datang.

Yang paling bahaya, anda mungkin terdedah dengan ancaman tuduhan palsu. Antara kesan daripada tuduhan palsu yang dibuat ini ialah dihalang daripada menaiki pesawat dan disoal siasat.

Tidak pasal-pasal anda bakal dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tiada bukti bahawa tuduhan palsu tersebut adalah palsu. Memang mimpi ngeri betul!

Selepas selesai penerbangan, jangan pula buang boarding pass anda di merata-rata tempat. Langkah yang paling selamat, koyakkan boarding pass anda kepada helaian-helaian kecil. Nak lagi selamat? Bakar sahajalah.

Kepada sesiapa yang masih ada tabiat muat turun gambar boarding pass sebelum berlepas, silalah berhenti daripada berbuat demikian. Bukan apa, demi keselamatan anda juga.

Sumber: Krebson Security

Macam senang je tengok Chef Burak ni masak.

7 Masakan Unik Berasakan Daging Oleh Chef Burak

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Masakan Unik Berasakan Daging Oleh Chef Burak

Allahu hedapheee…. mehitik hair yur nii…

Posted by MakanLena on Tuesday, January 22, 2019