Pawagam Pertama Di Jeddah Bakal Dibuka Hujung Januari Ini Selepas Larangan 35 Tahun

pawagam pertama Jeddah
Sumber: Arab News

Jeddah bakal menyaksikan pembukaan pawagam pertama di pusat membeli belah terkemuka, Red Sea Mall pada isnin depan sejak larangan itu ditarik balik pada 2018. Pawagam ‘Vox Cinemas’ mengumumkan akan melabur 533 juta dolar untuk membuka 600 dewan tayangan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Jeddah bakal mempunyai sebanyak 65 dewan tayangan sepanjang tempoh akan datang yang mana tiga akan dibuka pada suku pertama dan keempat tahun 2019. Manakala sebanyak 12 dewan tayangan akan dibuka di Red Sea Mall pada tahun 2019.

pawagam pertama Jeddah
Sumber: The National

Di pusat membeli belah Andalus Mall akan mempunyai 27 dewan tayangan dan Stars Avenue akan menyaksikan pembukaan sembilan dewan tayangan pada suku keempat 2019.

Pada 2018, Arab Saudi mula menayangkan filem animasi kanak-kanak di panggung sementara, selepas larangan 35 tahun ke atas pawagan ditarik balik. Ia sebagai satu usaha untuk memperkenalkan pelbagai kemudahan rekreasi dalam mencapai visi 2030.

Di Arab Saudi, pawagam telah diharamkan pada awal 1980-an susulan tekanan golongan Islam ketika negara itu beralih menjadi bentuk koservatif agama yang tidak menggalakkan hiburan terbuka dan pencampuran antara lelaki dan wanita.

pawagam pertama Jeddah
Sumber: Arabian Jeddah

Walau bagaimanapun, pembaharuan yang dilakukan Putera Mahkota Mohammed melonggarkan banyak sekatan ketika kerajaan cuba meluaskan cabang ekonomi dan mengurangkan kebergantungan terhadap industri minyak.

Sumber: Sinar Harian

 

Mahu kasi loya sama-sama, tonton

Muzium makanan jijik yang pasti buatkan anda muntah

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah

Muzium macam ni pun ada?

Posted by MakanLena on Monday, January 21, 2019